Tuesday, May 14, 2013

SERIOUSLY, FOLLOWER CHIPSMORE, APA MOTIP HANG?

Assalamualaikum dan hai.

Aku nak membebel malam ni. Ya, membebel. Ni bukan benda aku baru perasan, tapi lama dah. So aku ada soalan, beberapa soalan.

1. KENAPA AWAK FOLLOW BLOG ITU?

2. APA YANG AWAK HARAPKAN JIKA AWAK DAH FOLLOW?

Meh aku bagi jawapan aku bagi nombor satu dan dua.

Yang perrrrrtama:
Sebab org tu tinggal link di ruangan chat. Mudah bagi ku dan bagi mu jua kan.
Sebab mungkin org tu follow kita, so, kita pun apa salahnya follow dia balik.
Sebab aku nak tau lagi pasal entri dia yg bermanfaat dan menarik tu.
Sebab aku turut nak tambah hubungan silaturahim antara blogger.

Keduanyaa pulaaa:
Aku expect, org tu akan follow balik la. Well tu expectation.
Tapi aku tak kisah pun followback atau tak.
Aku follow blogger lain sbb yg nak follow aku pun kalangan blogger jugak.
So macam niat nak tingkatkan follower dorg, dorg pun tlg sedikit sebanyak.

DAN YANG AKU NAK HIGHLIGHTKAN KAT SINI IALAH
Kenapa follow jika lepastu unfollow setelah mendapati blog aku tak follow hang lagi? Sabar la. Aku pun ada keja lain jugak. Kadang kadang bukak blog kalau rasa nak bukak ja. Aku akan follow kalau ada masa. Tapi kadang kadang aku tak follow pun. Renyah sikit. Huhu.

Yang aku hairannya ialah,
SANGGUP HANG MAI BLOG AKU SEMATA MATA NK UNFOLLOW AKU SETELAH MENDAPATI AKU TAK FOLLOW BLOG HG WLUPUN HG FOLLOW BLOG AKU?

Haha ayat macam dengan baru naik roller coaster dah. Tapi harap faham.

Aku bukan kisah sangat pasal follow ni. Tak pernah paksa pun. Nak follow, follow. Kalau aku rajin, aku follow back, blogwalking. Aku takkan unfollow org okay sebab mcm er rasa mcm pi buat baik kat org tiba2 hilang. *okay tak masuk*

Aku tak kisah tapi aku hairan. Ada masa singgah blog aku sebab nak unfollow.

KESIMPULANNYA, YOU MEMANGGGG RAJIN SANGAT :*
Nah lollipop kepada yg sedang, akan, pernah follow aku.

Nih seriously sapa nak terasa, terasa lah. Aku pun taktau sapa sebab aku tak check sapa yg follow aku. Aku just tengok number ja. Tengok tengok dah berkurang wihihi. Thanks :D

NASIHAT AKU, FOLLOW LAH SEIKHLAS HATI. KALAU TAK, TAKPAYAH FOLLOW PUN TAKPA. K bai.

AKHIR KATA, Eratkanlah ukhwah sesama manusia :)
Keep on blogging and thanks!