Saturday, February 2, 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MATRIKULASI

Assalamualaikum dan hai.
Kan tadi aku ada tulis pasal Kolej Matrikulasi Perlis kan?
Aku baru cadang nak cerita lagi pasal KMP tuh, tapi tiba2 ada request suruh tulis sal kebaikan dan keburukan Matrikulasi nih. So, sebagai yang menurut perintah aku tulis lah. Dan ni hanya pendapat aku dan mengikut research aku yang lain.

KEBAIKAN
  • Cepat dan sekejap - Hah, masuk matrik nih memang rasa sekejap ja. Setahun pun tak sampai. Bulan 5 daftar masuk, bulan 12 habis semester 1, hujung bulan 12 daftar semester 2, bulan 4 dah habis lah study kat Matrikulasi. Seriously rasa macam pejam celik pejam celik. Jimat masa study sebab boleh terus ambik degree cepat cepat. Tapi ni untuk matrik setahun la. Matrik dua tahun pun ada tapi aku tak tahu menahu sal ni. Depends result lah. Result SPM elok sikit mcm 4 A keatas insya allah dapat matriks satu tahun.

  • Kaedah pembelajaran seakan sekolah - Hmm bagi aku ni satu kebaikan sebab cikgu push kita lagi. *kat matrik still panggil cikgu okay* So, dalam waktu yg singkat ni kita ada banyak assignment dan cikgu terang balik apa yang kita belajar waktu kuliah. Oh, kat matriks ni kita akan dibahagikan kepada tutoran mengikt kuliah. Tutoran ni macam kelas lah. Lebih kurang ada 20 orang per tutoran so, senang lah cikgu nak ajar sorang sorang. Kiranya kalau lost dalam kuliah tu, dont worry lah. Ada back up. Huehue

  • Penebusan result SPM yang tak gempakz gilerz  Haaa, ni  kalau result SPM macam tak capai target ka, apa ka, nak tebus tu elok lah kat Matrik. Sebab memang belajar macam SPM dik. Cuma lagi sikit. Takpayah nak belajar BM, Sejarah tuh. English dengan P.Agama/Moral wajib ambik tapi tak kira pointer. So, kat Matrik belajar 4 subjek ja. Fokus bagi dapat A, dapat lah 4 flat. Susah? Tak lah susah sangat. Tapi, belajar apa yang senang kan? Usaha tu penting. Aku pun tak lah 4 flat sem 1, tapi result tu, Alhamdulillah, lepas pointer 3.5 lah. Senang gak dapat 3.5 sebab aku bukan jenis hardworking pun. Kekeke

  • Dapat U yang bukan course pilihan - Dunia tak berakhir lagi lah. Ada pilihan lain, Matrik lah jalannya. Masuk Matrik, belajar general. So, nak gapai cita cita yang kita nak tu boleh lagi. Contoh nak jadi Engineer tapi dapat course kat U, course pertanian. Hah, masuk lah Matrik, buat elok elok pastu nanti apply UPU len insya Allah leh terus buat degree engineer.

KEBURUKAN
  • Kalau study boleh buat, tak study habis - Maksudnya di sini, memang kena study ja tiap tiap hari. Stuggle lah. Disebabkan masa singkat, so, lagi singkat masa yang nak kena study. Sebenarnya belajar kat Matrik program satu tahun ni, kita belajar semua sukatan yang sepatutnya kita belajar dalam masa dua tahun. Bayangkan yang dua tahun, compress jadi setahun? Banyak gilerz. Tapi tak lah angker pun. Boleh punya lah!

  • Tak berapa nak praktikal - Hmm yelah, Matrik kan belajar general. So, tak terdedah kepada mana mana alam pekerjaan. Setakat amali dalam lab macam sekolah dulu dulu tu ada lah. Pastu hantar lab report. So, kat Matrik ni, pendedahan kerjaya tu kurang sikit.

  • Sijil Matrikulasi tak laku untuk kerja - Haha, memang. Disebabkan ni fast track untuk dapatkan degree, so sijil Matrik ni tak boleh bawak untuk mintak kerja. Sijil SPM tu lagi laku nak mintak kerja. Macam sijil diploma pun laku jugak untuk kerja. Tapi tengok lah, diploma kan 3 tahun. Mau tak laku nak kena sambung lama lagi. Huhu. TETAPI sijil SPM tak boleh mintak degree manakala sijil Matrik ni boleh terus ambik degree. See? Ada hikmah tuuuu~

Aku budak Matrik program satu tahun, so ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku. No offence! Kalau salah jangan ban, tapi tegur secara berhikmah, baru lah lembut hati ni menerima. Ehehe

Okay dah habis. Entri ni khas untuk Shaz dan SPM leavers yang lain.
Makasih naaa membaca.
Tanya banyak banyak dan aku akan jawab lagi banyak daripada tu. Ahaha

Salam, sekian.

KALAU NAK TANYA BANYAK SILA SILA ADD FB ATAU MCG KAT FB
-Mas Ira Syafila

24 comments:

Shazrizal Shahmy said...

wahhh..rasa bersemangat pulak nak masuk matrik...Doa-doakan lah yerr..apapun terime kasih buat entry ni..memang perlu sangat sangat sangat sangat..hehe

Mas Ira said...

Yes, thanks :D

Mas Ira said...

And selamat berjuanggg!

Alia Az said...

hehehe .. kita pon tak tahu laaa nak masok mana ! tak paham sangat alam lepasan spm ney .. huhuhu .. sedihhh ! and pening memikirkan nak masok mana , amik kos ape , result spm cam mana .. huuhuhu .. btw , kak .. nice entry .. sedikit sebanyak bantu saya tahu menahu pasal matrik .. tapi betol ke kalo tak lulus kena tendang dari matrik ? huhu .. and doakan saya dapat result spm yg cemerlang k .. hehe .. takott ~ thanks .. =)

Mas Ira said...

Ahah, nanti kak buat entri pasal tu yer dik? Boleh tunggu? And goodluck!

Anonymous said...

wahh . semangat nak masuk matrik . tapi takot sebab ramai kata susah . hope boleh buat lah . pray for me :) . tengs for those valuable motivation

Nadia Nasri said...

nak tanya nak tanya . selepas keluar matrik , senang tak nak dapat kos yang kita nak ?

Mas Ira said...

depends on result lah :)

miss Azi said...

dapt matrik 1 tahun tapi intake ke2..
x tahu nak buat kputusn tapiramai yg srh p..hyrmm..

Anonymous said...

Thnks kak. Entri yg sgt2 berguna. Aku pn tak tahu tentang matrik sebelum ni. Alhamdulillah, lepas jmpa entri ni dah tahu sedikit sbnyk kelebihan dan kekurangan matrik ni. :)

Ila Zahira said...

sis,i pening skrg,maan satu nak pilih.. dapat uitm dgan metrik.course sama.sains ..mana satu nak pilih?

aina said...

akak.. nk tanye nii.. kalau nk msuk matrik kena strong ke result spm utk subjek addmath.. sbb org kata kt matrik ni ada subjek math tp mcm addmath yg kita blaja kt sek dulu.. sy bkn strong sngt addmath tuu.. cukup2 mkn je.. tkt xblh nk pegi math kt matrik tuu nnt.. mohon pendapat akak eaa..

risya said...

akak.. nk tanya psl matrik nii..
kalau kt matrik subjek addmath kita kene btl2 strong eaa.. sbb subjek addmath sy kt sek dulu mmg xla hebat mn pown.. blh2 je.. blh xbg pendapat akak..

Anonymous said...

sye dpt matrik dan asasi law dkt uia. tp sye xpsti sye blh bwk law ke x.blh x sye minte pndpt saudari mne yg lbh baik?

fatieyhin ridzwan said...

salam..klau blajar kt matrik..penggunaan 100% ke bg subject sains??

Anonymous said...

Akak klo result spm teruk dpt msuk matriks 2nd intake tp score 4 flat time matriks nnti degree dia tgk result spm jgk ke? Mksudnya apa? Dia tk kasi kite amek kos yg kite nk? Saya dh tk thu nk tnye sape dah skrg ni Kak. Boleh tak jwb?

Norman Buliah said...

Kak..nk tnya tempoh sah laku sijil matrik ni??
Contohnya slps tamat matrik,xnk smbubg degree lgi..
Tahun dpn sijil ni boleh guna lagi ke utk isi upu??

Brigitte Joan said...

Hai

Kat matriks kan sains ada terbahagi kepada 3 modul. So kalau nak sambung degree ambil course medic/pharmacy/dentistry sebolehnya apply modul 1 atau modul 3 masa kat matrik?

Mas Ira said...

Hai saudara/i @Brigitte Joan,
Sebolehnya modul 1 :)

Anonymous said...

Kak, math kt matrik ni sama macam addmath kan?. Sy dpt matrik ni utk second intake program 1tahun. Result addmath spm, sy dpt D je. Boleh ke sy nk follow dgn addmath ni akak rasa?. Math kt matrik mana susah dgn addmath masa skolah dulu? Harap akak dpt reply :'(

Ayiennur Rasyieda said...

Slm kak..sijik matrik laku berapa tahun?

Ayiennur Rasyieda said...

*sijil

Maisarah Husna said...

Matriks susah..😔

Maisarah Husna said...

Boleh ja..tapi better amik modul 1...