Pages

Thursday, March 9, 2017

TEMUDUGA GURU GANTI

Hola!
Haritu aku ada tulis pasal cara-cara nak mohon sebagai guru ganti bagi negeri Perlis. Tapi harini aku nak share dengan korang apa soalan-soalan interview yang ditanya.

Benda yang korg kena bawak dan lakukan semasa interview:
1. Sijil-sijil asal
2. Pakai pakaian formal dan kemas
3. Bawak gambar passport (in case of kena isi borang apa-apa)

Jangan risau, mudah ja interview. Tak makan masa lama pun. Aku yang bukan daripada course pendidikan dan takdak pengalaman ni pun steady jew. Kihkih.

1. Perkenalkan diri
Perkenalkan nama, umur, status. Lepasan apa, penglibatan di universiti dan sekolah. Sukan apa yang terlibat. Explain sikit kualiti yg korg ada. Contohnya, rajin ka, penyabar ka, minat belajar membuak-buak ka.

2. Kenapa minat jadi cikgu ganti
Jawab la sebab minat mengajar. Memang selalu jadi tutor kat universiti atau sekolah dulu. Pernah mengajar tusyen ka, apa ka. JANGAN jawab sebab tak dapat kerja lain lagi sebab tu try pi la mohon cikgu ganti sat. Walaupun tulah tujuan asal korg kan? Kan? Kan?

3. Penglibatan di universiti/sekolah
Ni goreng-goreng ja. Alah, senang ja. Macam aku, aku jadi Majlis Perwakilan Pelajar kat universiti. So aku goreng part tu. And waktu sekolah aku aktif olahraga. Kira lari-lari tu aku suka la. Pastu masuk kawad, pi kem. So bila dia dengar kita aktif ko-k seimbang dengan akademik kira strong la kualiti tu. Capable untuk jadi cikgu sebab cikgu pun kena bersukan dan berko-k sekali pelajar.

4. Istilah-istilah yang berkaitan dengan cara mengajar dan pendidikan
Contohnya macam pedagogi. Pedagogi maksudnya, cara atau teknik mengajar.  PPPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. PPSMI dan so on. Hm aku tau sikit sebanyak pun sebab terbaca dulu. Huhu.

5. Nama-nama orang penting
Contohnya nama Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Agong, Raja, Menteri Pelajaran dan sebagainya. Kena ambil tahu jugak ni. (Aku punyala hafal last-last tak tanya hmmm)

6. Kalau awak nak mengajar, apa teknik yang awak buat untuk tarik minat pelajar
Ni korg jawab sendiri. Aku malas nak taip pepanjang ni.

7. Isu semasa tentang pendidikan
Ni pun..

8. Apa yang awak tahu tentang 1 Murid 1 Sukan. Bagi pendapat
Ni jugak...

9. Apa komen awak tentang pendidikan di Malaysia
 Aku cakap pasal PPSMI sebab aku akur dengan pemansuhan PPSMI dan faham kenapa kerajaan mansuhkan PPSMI. Sebab nak memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Tapi kalau nak masuk universiti nanti dalam bahasa Inggeris jugak. So aku cadangkan alternatif bagi option kat pelajar untuk pilih dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

10. Macam mana awak nak handle pelajar yang.....
Nanti dia akan bagi la situasi samada pelajar yang kena buli, yang nangis, yang nakal, yang kurang ajar, yang takmau belajar. Pandai-pandai lah goreng.


Akhir kata, good luck.
Btw, lepas beberapa hari aku pi interview, aku terus dapat kol suruh pi mengajar. Aku pilih sekolah rendah sebab this is my first experience hehe. And aku dah mengajar subjek English selama dua minggu di SKTT. Nanti aku cerita pengalaman aku ok?

It's not just about teaching the subject and students, it's about handling them. Luls.

Kalau nak tau cara-cara mohon guru ganti bagi negeri Perlis, sila klik sini.

Nak tanya apa-apa lagi boleh komen kat post ni atau dm kat instagram @masira.tan.

xoxo,
Ira.