Monday, March 6, 2017

PERMOHONAN GURU GANTI ATAU GURU SANDARAN PERLIS

Hai korang!
Harini aku nak share macam mana nak mohon sebagai guru ganti atau guru sandaran bagi negeri Perlis. Bagi negeri lain aku taktahu sebab mungkin lain negeri lain kaedahnya.

So, untuk lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah atau lain-lain yang setaraf, anda boleh mohon untuk jadi guru ganti sementara. Contohnya nak ganti cikgu cuti bersalin ka, cikgu sakit ka, cikgu bercuti lama ka, cikgu pindah ka and so on. Tempoh perkhidmatan adalah selama 3 bulan atau lebih. Boleh jugak jadi kurang. So kalau la korg dah habis belajar tu, apply jela. Ataupun sementara dapat mana-mana tawaran, korang apply je. Hehe.

Okay, step yang pertama korang kena visit laman web Jabatan Pendidikan Perlis, atau pun korang google ja 'Guru sandaran negeri perlis' nanti pandai-pandai la korang cari web yang berkenaan, atau nak lebih senang, korang klik sini. Klik perkataan sini dan korang akan direct ke laman web tu.



Mula-mula, download link iklan guru ganti tu. Sebab ada syarat dan peraturan, so hadam sampai faham. Nak jadi cikgu kan? Kenala rajin membaca. Lepas tu, download borang permohonan dari laman web tu.

Dah siap isi korg kena pergi hantar borang tu ke pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Jangan lupa salinan IC dan salinan sijil-sijil berkaitan. Hantar by hand tau. Bukan by post. Waktu hantar tu takda apa-apa pun, dia just belek-belek borang kita and then settle. Kena tunggu depa kol untuk interview nanti. Macam aku, aku hantar minggu tu, minggu depan tu terus dapat kol kena interview. Pastu, seminggu lepas interview terus dapat jadi cikgu ganti hahaha! *Alhamdulillah rezeki cepat*

So benda bawah ni yang korg patut tahu sebelum apply menjadi cikgu ganti/ cikgu sandaran:

1. Siapa yang takda pengalaman mengajar atau bukan lepasan IPG atau UPSI pun boleh mohon. Yang lepasan IPG dan UPSI, atau mana-mana mahasiswa/i yang ada background pendidikan, lagi lah digalakkan apply before nak tunggu posting. Sebab lama jugak nak tunggu kan? Sementara tu cari lah pengalaman ni.

2. Bagi lepasan SPM atau Diploma, anda hanya boleh mengajar sekolah rendah. Bagi lepasan Ijazah, boleh pilih samada nak sekolah rendah atau menengah. Aku pilih rendah sebab aku takdak pengalaman apa-apa pun.

3. Bermula dari September 2016, gaji guru ganti sama iaitu RM54/hari tak kiralah kelayakan SPM ka, Diploma ka, Ijazah. Sama ja. Kerajaan tak cukup bajet mihihihi.Gaji dibayar mengikut hari. (Cuti skolah gaji tak masuk sob sob)

4. Peluang untuk anda mohon sebagai cikgu ganti ni dibuka sepanjang tahun. So kalau rasa bosan duk kat rumah tanam anggur tak berbuah, try lah manatau rezeki.

5. Tempoh perkhidmatan kebiasaannya 3 bulan atau lebih. Tapi boleh jugak kurang bergantung kepada pihak sekolah.

6. Walaupun anda jadi cikgu ganti (kalau dapat la), tak semestinya anda dijanjikan untuk menjadi guru tetap. Bergantung kepada rezeki masing-masing. Tapi, better lah ada pengalaman daripada takdak kan? Strong sikit background nanti.

7. Faktor tempat jugak penting. Macam aku, kawasan Padang Besar Utara, tak banyak yang apply jadi cikgu ganti. So, aku apply, cepatla aku dapat haha. Tempat tinggal cikgu dengan sekolah yang ada kekosongan cikgu pun diambil kira. Kalau anda sanggup ulang-alik jauh perabis duit minyak dengan gaji RM54/hari, takpalah. Ikut suka lah.

Kalau nak tau pengalaman aku kena interview untuk guru ganti ni, sila klik sini.

Nak tanya apa-apa lagi boleh komen kat post ni atau dm kat instagram @masira.tan.

xoxo,
Ira