Sunday, February 3, 2013

Megi oh megi #Part 2

Assalamualaikum dan hai.
Sebenarnya kejadian ini dah lama. Ya, tahun lepas. Semester satu di kolej.
Oh, dan ni kejadian kedua yg melibatkan megi.
Bca ni jugak, baru best. Ahaha Megi oh megi #Part 1 
*Sori bahasa part 1 ni waktu aku belum matang*
Baca bagi habis. Nescaya faham lawoknya.
Hm, ni bukan nak menjatuhkan kredibialiti aku sebagai seorang perempuan yang ayu lagi sopan. Tapi sekadar suka suka nak berkongsi dengan umum. Ya, pengalaman mendewasakan aku. Lagipun ni pengalaman seumur hidup. Okay stop intro.
. . .
        Pada satu malam ketika aku sangat lapar, aku ambil keputusan untuk masak megi. Megi kari kalau tak silap. Semua orang sudah tidur. Roomate aku sudah tidak bergerak lagi. Aku menjenguk keluar. Tiada sebarang tanda tanda masih ada orang yg berjaga. Nampaknya aku sorang sahaja.

        Aku ni jenis penakut sikit. Cool je lebih. Ehehehe. Dalam hati siapa yang tahu. Ehem, kembali kepada cerita, disebabkan aku lapar sangat sangat, aku pun mengambil keputusan untuk memasak air bagi memasak megi. Aku pun bergerak ke bilik pantri yang terletak 100m dari bilik aku. Jauh sungguh. Tapi aku nekad aku nak masak megi. Tibanya aku dalam bilik tu, aku masak air sambil nyanyi nyanyi (untuk hilangkan ketakutan). Tiba tiba aku terpandang library yang sangat gelap tu. Mulalah fikiran aku ligat fikir pasal gula gula lah, cik pon lah. Tidak! Kenapa otak aku dah dipengaruhi cerita cerita hantu Malaysia walhal aku tak pernah tengok. Ya, ini mesti kerja iklan di TV3.

        Hati aku sudah tidak tenang. Tambah pula dengan cerita hantu di kolej dan asrama semakin terngiang ngiang di telinga dan kepala hotak aku. Aku ambil keputusan untuk terus tuang air yang tak habis masak ke dalam megi aku dengan harapan air tu dah cukup panas. Aku dah tunggu hampir 5 minit jugak lah untuk air tu masak. Lambat sungguh cerek kolej ni. Hmm.

        Keluar daripada bilik pantri tu aku keluar berlari membawa megi berserta air separa panas. *jangan tiru aksi ini, 90% kemungkinan jatuh dan melecur* Mask bilik sambil baca Bismillah takot setan ikot. Muahaha. Jiwa aku dah serabut, hati dah takot, angin sejuk menyapa tengkuk ku. Namun, nafsu makan aku lebih kuat! Aku nak makan megi! Wajib! Aku tak ingin seksa perut aku ni. Dah 18 tahun lebih kami bersama. Ehehe.

        Okay, kesimpulannya mesti korg korg boleh agak kan? Megi tu dimasak oleh air yang suam suam kuku yang belum cukup panas. Bila aku tunggu jap bagi megi tu masak, kuah tu dah sejuk, megi keras. Rasa megi tu memang wekkk lah. Memang wekk aku ulang. Tapi yang ajaibnya, aku mampu habiskan dan aku boleh tidor dengan lena tanpa rasa takot. Kejayaan aku makan megi telah menepis perasaan takot tu. Tahniah untuk aku.

Dulu megi lembik, sekarang keras. Dugaan apakah ini yang melanda?
Wuu, Salam dan sekian.

p/s: Oh ya, gula gula tu pocong dan cik pon tu pontianak. Faham? Huahuahaua