Pages

Friday, May 10, 2013

RACIST

Assalamualaikum dan hai.
Haa tajuk bikin gempak lor. SILA TOLONG JANGAN SALAH FAHAM.
Boleh tera tu?

Wa takmau politik di sini. Wa taknak bikin blog wa jadi sensasi dan buruan media media yang tidak tahu mana yang betol atau tidak. Semua khabar dari angin. Adakah angin yang patut dipersalahkan?
K habis pendahuluan. Wa start ceritanya otey? *bajet tutur perkataan comel*

JANUARI 2001

Pendaftaran sekolah rendah tahun 1.
Wa takda kawan. Wa baru pindah padang besar masa tu.
Fitrah kanak kanak biasa, wa menangis sebak saat mama dan papa tinggalkan wa di kelas 1 Pintar tu.
Wa tak pakai baju kurung. Wa pakai skirt. Itu nama Pinafore.

*tu dia pinafore*

Disebabkan wa pakai pinafore, wa takdak kawan tau tak?
Dah la memang takda kawan. Takdak kawan lagi.
Aku mendengar dengan telinga kanan dan kiriku sendiri bibit bibit perkataan yang sangat masin!

Q: Wei hampa semua jangan kawan dengan budak tu (aku). Dia cina. Dia makan babi. Dia bela anjing.

Y: Mana hang tau dia cina. Sat nak pi tanya nama dia. Nama penuh hampa apa? *ke arah wa*

Aku: Mas Ira Syafila binti Mohd Hilmi Tan.

Y: Weh Q betoi laa, dia cina. Takpayah kawan dengan dia.

Wa waktu tu dah la sebak menangis tambah pulak takda sapa nak kawan. Sapa kata pi sekolah ramai kawan? Takdak okay? Wa nak berkawan siap bagi pinjam colour pensel siap jeling jeling lagi. Ohohoi.

Satu hari wa demam. Barangkali seminggu tak pergi sekolah mungkin.

Balik balik sekolah, tengok tengok wa naik kelas. So, wa tukar kelas 1 Cerdas!
Waktu tu wa duduk sebelah Tirah. Dia lah kawan pertama yang greet dan kawan dgn wa.
Dia kawan sampai sekarang dan kawan dunia akhirat. Dia lah yang menjaja jaja aku (tak sesuai tulis wa).

Tirah: Weh dia ni Melayu laaa. 
Adilah: Mas comey. *ehehe aku perasan*

Starting from that day, wa pun ramai kawan. Well mentaliti budak budak barangkali.
Atau mungkin parents mereka tidak benarkan berkawan dengan bangsa lain?

WE ARE MALAYSIAS YAWWW.
PEACE NO WAR.
NO RACIST.
PERPADUAN ITU PERLU.

Macam tokwan cina aku dan maktok melayu aku. Kan boleh cinta bersatu gitu.

MAAF KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TAK. NI KENANGAN SEMUA NI. WA TAK AMBIK HATI LER. LAGIPUN KENAPA LAH BOLEH ANGGAP WA NI CINA? WA NI MUKA MELAYU TULEN. ORANG TAKTAU PUN MIX UNLESS TENGOK NAMA. ADAKAH INI SEMUA DISEBABKAN PINAFORE? KEKEKE bye.

TAKDAK KENA MENGENA POLITIK DAN YANG LAIN kay. Love love love.

1 comment:

ezyra taharin said...

kita sebagai rakyat malaysia tak patut kan hidup berpuak2 macam tu...
tak suka apa yg tgh jadi kat malaysia skrg nie...