Pages

Friday, May 3, 2013

STOP LETTING PEOPLE DOWN BY SAYING SETAKAT SENTENCES.

Assalamualaikum dan hai.

Kat sini aku nak hentikan penggunaan setakat negatif di kalangan majoriti.
Faham tak maksud aku tu? Faham maksud setakat? Setakat = tara

Contoh ayat, "setakat makan bihun guna hidung nenek aku pon bolee"
Faham?


Kalau tak faham tak tau nak explain macam mana dah. Sebagaimana aku, seorang gadis dan anak muda memerhati masyarakat kini, mereka suka condemn people by megah megah kan diri or org lain. Faham tak? Faham? Haha kalau tak, aku bagi example kayy

Situasi 1
A menanam anggur. Anggurnya berbuah sikit. A berasa seronok lalu gitau B.
B: Setakat bebuah setangkai dua pun nak syok ka? Org siap boleh bukak ladang dah.
A: *hampa*

Sebaiknya, B patut kata : "Wah lama lama kau pun boleh bukak ladang lah ni"
_______________________________________________________________________________

Situasi 2
Boboy dapat number 2 dalam exam. Boboy gitau maknya dan ayahnya.
Mak dan Ayah: Setakat number dua tu sapa pon boleh. Tengok jirang sebelah? Anak dia dapat nombor 1!
Boboy: *kecewa*

Sebaiknya, parents Boboy patut kata : "Tahniah Boboy, lain kali bagi dapat nombor 1 tau! Sikit lagi. Anak mak dgn ayah ni boleh punya"
_______________________________________________________________________________

Situasi 3
Minah dapat tawaran U xxxxx. Minah seronok. Minah pun gitau Bedah.
Bedah: Setakat U xxxxx pun dah seronok ka? Kot la dapat Harvard ka Oxpod ka.
Minah: *sedih*

Sebaiknya, Bedah cakap : "Tahniah, Minah! Aku doakan hang berjaya di mana jua hang berada"
_______________________________________________________________________________

Situasi 4
Makcik K buat majlis kesyukuran sebab anak dia jadi Doktor. Makcik M datang.
Makcik M: Anak jadi doktor apa?
Makcik K: Alhamdulillah Dr haiwan *senyum*
Makcik M: Lah ingat kan doktor yang dok merawat orang tu. Setakat doktor haiwan ja apa class.
Makcik K: *terasa*

Sebaiknya, Makcik M kena cakap : "Alhamdulillah, tahniah la ada dah anak yang berjaya"

The end.

See? See how the setakat things can lead to frustration, depression, heart break and other negative impact towards one's feeling?

Apa salahnya have a positive and sweet word. Yelah kalau dah hati tu busuk dan jahat sangat pun, berlakon jelah. Sembunyi kan apa yang negatif dalam hati. Tolong jaga perasaan orang lain jugak.

Bukan nak suruh jadi Hipokrit. But sometimes it is better if we control our bad attitude. Tak menjadi seorang yang jahat walaupun kita bukan seorang yang baik, bukanlah bermaksud kita ni HIPOKRIT.

SO, PLEASE DO CARE ABOUT OTHERS FEELING.
and also, kepada sesiapa yang pernah kena condemn macam ni,
STAY COOL DAN BIAR IANYA JADI INSPIRASI UNTUK TERUS BERUSAHA MENJADI YANG TERHEBAT.

Selamat maju jaya, ini nasihat untuk ana dan korg jugak.

No comments: