Pages

Tuesday, May 21, 2013

MATRIKULASI #Q&A #KMP (Part 2)

Assalamualaikum dan hai.
Aku baru sedar, makin aku tulis blog pasal maklumat kat matrik, makin banyak soalan yang kena jawab lagi. Huahuahua so aku cadang untuk buat post nih.
Dak, bukan aku malas nak jawab soalan korg. Tapi kan, bila dah kena ulang lebih drp 10 kali tu. Err.
Faham kan? Okay, jom mulakan.

1. Handphone boleh bawak tak?
Boleh. Charger pun boleh.

2. Dia belajar macam SPM ka?
Semestinya lagi advance.

3. Jadual dan rutin harian camna?
Kelas pukul 8 pagi - 1 tgh hari
Sambung pukul 2 ptg - 4 atau 5 petang (bagi sains), 2 ptg - 3 atau 4 petang (bagi akaun)
Malam dan hujung minggu free kecuali cikgu nak buat extra class atau ada aktiviti kolej.

4. Pulang bermalam dan outing.
Pulang bermalam ikut giliran bagi lelaki dan perempuan. Minggu ni lelaki, minggu depan perempuan. Tapi kalau ada cuti umum, baru lah lelaki dan perempuan boleh balik sekali.
Pengangkutan (Bas) bagi cuti panjang disediakan untuk orang jauh.
Outing pulak hari Sabtu dan Ahad. Ikut giliran lelaki perempuan jugak. Dari pukul 8 pagi - 7 malam sahaja.
Waktu outing, ada teksi tunggu so, boleh ambil teksi tu terus.

5. Makan disediakan atau tak?
Disediakan tetapi perlu bayar. Bukan macam asrama sekolah dulu. So, macam pergi kafe, dan pilih lah nasik hidang atau order. Tapi jangan risau, makanan murah.

6. Ada kedai runcit tak?
Ada kedai runcit untuk beli keperluan harian seperti brg basuh, sabun, berus gigi, selimut, selipar, aiskrim, keropok. Alah standard kedai runcit. Bukannya koperasi.
Btw, ada bakeri dan kedai photostate aka kedai alat tulis.

7. Mesin basuh, iron dan cerek?
Mesin basuh ada dua, setiap blok. Iron dan cerek ada di setiap aras dlm bilik pantri.

8. How to get rid of charlie?
Tak payah nak get rid sgt. Aku duduk asrama dari form 1 sampai form 5, lebih banyak charlie daripada kat matrik. Pastu tak penah nak get rid pun. Just face it. Kalau kena, sapu ubat. Jangan dok mengada pi pegang atau duduk pulak. Tu cari pasal namanya. Satu ja tips, tidor kibas tempat tidur dulu.
*bagi yang taktau apa itu charlie insect sila sila sila google sendiri*

9. Subjek yang dipelajari
-Akaun (dalam bm)
*Maths
*Ekonomi
*Bisnes
*Akaun
P. Agama Islam/Moral
English
Kemahiran dinamika
Kokorikulum
-Sains (english)
Mengikut modul masing masing. Sepatutnya dah tau beza sebab lagi berapa hari nak masuk matrik.
*Maths
*Phy/Scikomp
*Bio/Scikomp
*Chemi
P. Agama Islam/Moral
English
Kemahiran dinamika
Kokorikulum
HANYA SUBJEK BERTANDA * SAHAJA DIKIRA POINTER

10. MUET wajib ambil tak?
Kalau tak ambil pun takpa, takpayah masuk U nanti waktu degree. Ok?

11. Bilik dan asrama
Ha, mandi shower. Bilik ada ruang study. Satu bilik 2-8 orang. Tengok jumlah pelajar dan nasib lah kena campak kat mana mana dorm. Suiz ada 10 per dorm. Cas dan tengok muvi puas puas nah.

12. Buku SPM guna lagi tak?
Kalau nak bawak, bawak Chemi dan Addmaths shj. Ia membantu sedikit sebanyak. Bagi akaun aku taktau ler, aku tak ambil akaun.

13. Lepasan Matrik tak laku ker?
Ok, hang masuk diploma, masuk lah asasi, pastu bg pointer 0.0 laku tak? Masuk lah STPM ka, Diploma ka, Asasi ka, Matrik ka, Politeknik ka, kalau study, result menepati syarat laku lah dimana jua. It is not about the place we study, or the teacher who teach us, it is depends on us! Usaha, Doa dan Tawakkal. Insha Allah dimana mana pun berjaya.

14. Tshirt berkolar perlu bawak/beli tak?
Tak payah. Dorg akan bagi tshirt KMP free. Sweater pun ada. Seluar pun. Lol aku tak pernah pakai.

15. Kasut semasa ke kuliah
Bagi lelaki, aku rasa kasut kulit lah kot. Bagi perempuan, ikot suka lah dan warna apa pun takpa.

16. Boleh free hair tak?
Bagi lelaki silakan. Hahaha. Bagi perempuan boleh, tapi time ada kelas agama dinasihatkan spare shawl atau tdung dalam beg.

17. Pergi kuliah boleh pakai gelang, rantai dan sebagainya?
Boleh nak jadi mami jarum pun boleh.

18. Proses pulang bermalam dan outing.
Pulang bermalam- Pergi mintak tandatangan felo (warden) dan bagi buku kat pondok gad waktu nak balik
Outing- Pergi kat pondok gad dan tinggal buku

19. Dari sci nak tukar akaun tapi takda basic
Dipersilakan. Sebab selalu yang takda basic tu yg skor or dapat 4 flat.

20. Hari Jumaat dan baju melayu
Hari Jumaat pergi kuliah boleh pakai baju melayu atau kemeja. Baju melayu tu terpulang lah satu set ker, sekali sampin pun boleh. Pakai dengan seluar slack pun boleh.

21. Lepas habis matrik akan tunggu U panggil kerrrrrrrrrrrrr?
Tak, kembali ke zaman SPM. Isi UPU fasa 1, fasa 2. Pastu macam SPM jugak, dapat tau keputusan mcm biasa. Zaman sekarang kalau dpt straight A, atau 4 flat tapi kita tak apply apa2 jangan harap U datang bergolek.

22. Orientasi
Orientasi just nak briefly explain about education system, about Matrik system. Pastu akan bahagi kepada kumpulan mentor mentee. Then waktu orientasi tu lah kita kena pilih modul apa (bagi student sains)

23. Matrik lg senang skor drp U?
Entah. Kalau study, senang lah skor.

Ok babai any tambahan? Silakan.

AMARAN, MUNGKIN DI MATRIK LAIN TAK MACAM NI. DAN MUNGKIN KMP JUGAK TELAH BERUBAH SISTEMNYA TAHUN NI. MANA LAH AKU NAK TAU. HIHIHII

4 comments:

syafiqayusof said...

hahahaa , k , yg pasal charlie tu lawak k . wakakakaa gelak guling-2. yg pasal muet tuu , kak mas ira perli ke apa ? hehe , mcm double meaning jee , kan ? :D

Ira Tan said...

haha memang perli pun grrr

Anonymous said...

Saya dah cari merata2 bahan untuk tesis pasal topic nie...

mujur jumpa blog awak... mohon untuk guna
sebagai bahan tesis cik admin...

Also visit my homepage Promosi Jubah

Anonymous said...

Salam kak ira ,sekarang kak ira buat apa ? Kak ira dpat berapa pointer ? Dapat sambung degree course yg kak ira mintak ?