Pages

Tuesday, January 3, 2017

TIPS UNTUK BELI ATAU PILIH BACKPACK (BEG TRAVEL, BEG HIKING, DAYPACK ETC)

Hai, pembaca. 
Harini aku nak kasi tips sikit untuk korg beli atau pilih backpack yang sesuai. Sebab aku ni juai backpack Deuter dan Karrimor yang first gred Vietnam punya. So sedikit sebanyak aku kena ambik tahu pasal benda-benda ni supaya aku boleh bagi cadangan kat customer aku. Sebab kadang-kadang macam lost ja depa ni. Tak semua la. Sikit ja yang lost tu. Btw, sapa yang tengah survey backpack murah tu, boleh visit Instagram @dkbackpack. Harga murah kualiti superb. Kalau barang sampai, ada defect, aku memang fully responsible utk pemulangan dan penukaran semula barang. So, jangan risau yer.


Kalau nak beli beg tu, anda sebagai pembeli kena lah tahu apa yang korg nak. Memang la aku boleh bagi cadangan, tapi before tu sebagai pembeli kenala tau apa yang korg nak jadi aku boleh bagi cadangan based on your need. Haa, jadi jomla kita tengok beberapa tips untuk pilih backpack.

Nak beli beg untuk apa?

Tip nombor 1 ni, korg kena tanya diri hangpa tu, nak beli beg ni untuk apa? Hangpa nak guna bawak pi mana, hangpa nak pakai waktu bila. Tu yang paling penting. Bila dah tau nak beg untuk apa, barulah aku boleh bagi cadangan.
·       Beg untuk bawak pi sekolah, kelas, tempat kerja
Kalau beg untuk pi sekolah, aku suggest dalam saiz 20-30L. Kalau agak-agak nak letak laptop, saiz 25-30L tu nice ah (Aku letak laptop dalam beg 20L pun nice jugak cuma memang muat-muat ja haha). Haa, kalau korg cakap nak beg sekolah, atau beg ke kelas, firstly aku akan bagi cadangan beg sekita saiz tu. Pastu, aku bagi cadangan yang takdak besi kat belakang (steel support). Tapi, kalau rasa macam buku banyak sangat, dengan laptop lagi, aku rasa kalau ada steel support, lagi best. Ringan bahu tau! Pastu beg tegak ja hehe. So boleh request nak ada besi atau takmau yang ada besi kat belakang.
·       Beg untuk cycling, riding, climbing
Kalau untuk aktiviti ringan yang tak memerlukan tidur situ, just nak isi barang-barang yang perlu, aku cadangkan saiz 10-20L tu elok lah. Boleh letak towel, botol air, camera dan apa-apa ja lah. Kalau rasa nak hydration bag pun okay. Sesuai untuk cycling. Hydration beg ni macam water beg. Selalu dalam 10-15L ja kapasiti dia. Water compartment pulak biasanya 2L. Tapia da ja yang lagi besar dan kecik.
·       Beg untuk travel, backpacking, balik kampung
Hah, ni memang femes tambah-tambah dalam kalangan student and young adult. Range umur 18-30  tahun, yang nak guna beg untuk balik cuti sem, nak backpacking dengan kawan-kawan, nak travel merata, solo backpacker. Kalau camni, korg boleh pilih backpack ikut berapa banyak baju yang korg nak isi, berapa lama korg nak berjalan, nak packing untuk berapa hari. Hah penting semua ni untuk tau saiz beg yang diperlukan. Pasal saiz beg mengikut hari, japgi aku terangkan kat bawah. Pastu kalau korg nak yg carry-on punya backpack (yang boleh bawak masuk flight), better beli yang lebih kurang 45L takut nanti taklepas huhu. Kadang-kadang strict jugak kat airport tu.
·       Beg untuk hiking dan overnight

Hah, yang ni aku tak pro sangat. So korg sebagai hikers sejati, kenala ambik tahu apa yang penting bila pilih backpack untuk hiking. Jadi, korg kena la tanya seller tu, beg tu ada tak specs yg macam korg nak. Kena tau nak hiking berapa hari, kena tau nak bawak apa. Kalau nak bawak banyak equipment mcm mess tin ka, portable kitchen ka, maybe kena bawak yg besar sikit sebab makan ruang. Buat checklist! So hanya bawak benda yang perlu ja. Kalau nak hiking ni, aku sarankan pilih beg yang ada air-contact system kat belakang. So bila kita carry weight, dia tak rasa berat sangat. Okay?
Gambar contoh

Nak beg besar mana? Berapa hari nak guna? Berapa banyak barang nak sumbat?


Yep, aku serious ni. Soalan ni pun korg kena tanya kat diri sendiri. So korg tau nak purchase beg saiz apa. Dengan itu, aku pun akan bagi cadangan mengikut saiz yang hampa nak. Bawah ni gambar sebagai rujukan. Kalau korg jenis packing tak ingat dunia, maka banyak lah kapasiti yang diperlukan, makan besarlah beg tu. Kalau yang jenis pandai packing tu, baju 5 hari guna beg 20L pun boleh (Macam aku pi KL haritu *flips hair*) (Padahal beg 20L selalunya 1-2hari ja).


Tanya sebelum beli.

Yer yang ni penting. Anda sebagai customer ada hak untuk tanya dan mintak pendapat. Yela, sebab nak beli kan. Jadi kita kena buat pilihan yang terbaik untuk diri kita. Tapi, korg sebagai customer pun kena ada firm decision. Jangan sebab tengok cantik ja beli tapi tak sesuai dengan kegunaan. Pastikan apa yang dapat tu macam yang kita nak. Tapi kalau berurusan secara online ni tak semua yang kita nak tu, macam yang kita nak. Kalau 80% sama tu cukup bagus dah. Tapi apa-apa pun, inshaAllah kalau korg beli kat Instagram @dkbackpack ni, memang harga murah dan barang memang berkualiti. Confirm puas hati. Alhamdulillah banyak feedback positif daripada customer yay! Fast selling semua. So kalau berminat nak beli beg deuter, beg karrimor, beg hiking, beg ke kuliah, beg sekolah, beg travel murah boleh lah follow Instagram @dkbackpack.


Ciao! Thanks for reading :*

No comments: