Monday, July 21, 2014

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU UMT

AFTER A YEAR OF NO ENTRY, NOW I REPRESENT YOU

Seperti yang sedia tidak maklum, aku study kat UMT yg kurang dikenali ramai (tak femes tapi hot) (hot sebab panas) (hashtag elnino).
Jadi aku nak cerita sikit pasal UMT ni sebagai dorongan dan panduan pelajar baruww.
(Aww. Sayalah senior anda.)

Sebelum tu aku nak cerita pasal aku. Aku berumur 20 skrg (mengikut tahun). Masuk UMT waktu umur 19 selepas matrik selama setahun. So skrg aku bakal masuk second year bagi program Ijazah Sarjana Muda Fizik Elektronik dan Instrumentasi. (Instrumentasi tu apa?) (Tah tak belajar lagi. Next sem baru ada subjek tu muahahah)
Ok the end.

Okay mengenai UMT.


Lokasi: Gong Badak, Kuala Terengganu. Sebelah pantai shj. Tapi takleh mandi. Boleh lepak ja. Pasir pun tarak. Kena tambak batu haha. (Padan muka. Dulu time aku pi siap mandi pantai kat dalam UMT tu. Bina sand castle lagi miahaha) Jangan risau, ada banyak lagi pantai lain. Dekat jugak.

Jarak ke bandar: 15-30 minit. Bandar pun hmm. Bershopping lah anda di MYDIN mall dan GIANT miahahahahha. (Ada supermarket baru bakal di buka jgn wisau)

Jarak ke Mcd: Jalan kaki pun boleh tapi sampai2 semput lah. (Disarankan naik basikal. Untuk nampak lebih classy sila sewa kereta. Puhuhu)

Jarak ke KFC: Jalan yg sama dgn Mcd tapi disarankan bawak kereta sbb agak penat mengayuh basikal.

Jarak ke panggung wayang: 3 jam. Ambik ko! Muahahahha (Dijangkakan panggung wayang terdekat bakal ada bila supermarket baru bakal siap)

Jarak ke pusat karaoke (astaghfirullahala'zim) & 7 eleven: 2 minit berjalan kaki saja hehe. (Saya pergi 7e shj, saya tak pandai menyanyi nyanyi ni mihihihi)


Aktiviti wajib pelajar baru UMT: Survival laut di pulau bidong. Air yg jenih macam kan Maldives beb! Kat sana akan diajaar cara menyelam (snorkeling), melompat dari kapal, memancing tgh2 laut, jngle trekking, kayak. Best gila la jugak hahahaha. (Bawak la fon kalis air. Boleh bergambar hiks). Ada ikan nemo, rmpai laut, gamat, baby jerung, kapal karam lama macam2 lah.

Jalan biawak UMT: Menghubungkan sbhgian besar pelajar ke kawasan akademik. Biawak tu tak besar pun. Paling besar mcm buasa terbantut. Biawak tu friendly, berlari dgn laju bg yg kecil, sgt lembab bg yg besar, selalu berendam di dlm parit tepi laluan jalan biawak tu. Oh dan di sebelah kiri jalan biawak mcm kwsn paya bakau. Kalau bertuah jumpa monyet, enggang, ular, tupai. Belah kanan nampak pantai dan dengar bnyi ombak. (Perempuan dinasihatkan berjalan scara berkumpulan di jalan biawak ni kerana manusia yg jahat itu wujud di mana2 pun di dunia ni. Hati-hatilah kat mana pun)

Cuaca: Tengkujuh yg extreme. Panas yg extremely hot. (Sangat digalakkan bawak kipas meja)

Asrama: Sangat sempit tahap asdfghjkl* bagi blok lama. Dan agak selesa bagi blok baru.


Thanks :)