Thursday, May 30, 2013

SEBENARNYA AKU ADA MASALAH

Assalamualaikum dan hai.

Sebenarnya lama aku tak update sebab aku taktau nak update apa. Tapi sebenarnya tu bukan masalah yang aku nak nyatakan kat sini sekarang.
Masalah aku sekarang ialah hati aku ni rasa tak tenteram, jiwa aku ni kacau, fikiran aku meracau, tidur ku mengigau ok tak, yg tu tipu ja. Tapi serious aku ada masalah dan hati aku tak tenteram :(

Sebab sebab aku tak tenteram:

1. Result exam sem 2 minggu depan will be release

2. Result USM

3. Result UPU

4. My future

Aku paling risau masa depan aku, ya aku ada back up plan untuk future aku. Aku nak pursue study sampai master. Phd tu aku rasa tak kot hm. Tapi aku nak direct master. Sebab singkat ja nak buat master. Alang alang belajar kan? Pastu, aku nak sangat masuk USM bidang yg kena interview haritu. Kalau tak dapat, aku ambil major bio. Jadi lecturer atau cikgu mungkin?

Aku nak ambil biotech as second choice but mama aku mcm tak berapa kasik sebab chance untuk kerja di Msia ni mcm kurang as budaya kita ni tak kasik sangat bio tech as mengubah ciptaan Tuhan kan. For me, biotech ni memvariasi kan ciptaan Tuhan. Kita manfaatkan, mengkaji kekuasaan Allah. Harap2 aku dapat dekatkan lagi diri dengan pencipta :'(

First choise aku tu pun bio gak major. Kira semua course yang aku pilih, base dia bio so aku harap sangat dapat first choice. Aku nak sangat jadi dentist but I don't mind to be a lecturer or even researcher. Semua tu aku minat. Macam family aku kata, belajar susah susah, cari lah kerja yang senang nanti. Bagi ada life! Aku fikir gak nanti aku nak berumah tangga lagi apa semua.

Well, at first dulu when I was form 4 aku nak jadi engineer. Maybe pengaruh maklang, paklang dan paksu yang dah jadi  dan bakal engineer? Tapi memang aku minat fizik gila gila dulu. Yep dulu tapi aku berubah arah minat bio lagi atas sebab yang aku tak patut langsung nyatakan kat sini. Pastu maklang aku dan suami dia engineer but then sibuk gila sampai kena balik tengah malam, anak siapa nak urus kan? So, maklang aku end up with being a teacher at secondary school. And from my observation kebanyak engineer perempuan end up with teaching lah. Bukan semua, but almost. So, aku pun nak kerja something yang related aku study penat penat dlm jangka masa panjang. Aku pun buat keputusan untuk aku ambil major bio ja.

Doakan aku dapat apa yang aku nak, apa yang aku impikan, insha Allah.

Amin ya rabb. Salam.