Thursday, February 7, 2013

SEBAK. MISS SYTRA MOMENT SO MUCH :'(

Assalamualaikum dan hai.
ENTRI PANJANG. AKU SYORKAN TAKPAYAH BACA. KECUALI EX SYTRA YANG SEBATCH, SEBAB NI TENTANG HIDUP SEKOLAH AKU :)

        Malam ni aku on facebook. Ya, aku memang takda facebook. Aku deactive. Tapi aku on facebook guna akaun yob syg. Twitter aku pun dah tak berfungsi. Password kena hack ke hape tah la. Hm. So, blog lah luahan perasaan. Nak main ask.fm pun takda sapa sudi tanya. Bosan lah. Instagram pun satakat post gambar cecah cecah ja. Hm, tak lah. Aku bukan sebak sebab diri aku ni tak dapat sambutan. Tapi sebab aku bukak facebook. Aku sedar, facebook tu memang layak lah dinamakan book kan. Sebab facebook tu umpama cerita. Bukak profile sorg ni, baca status, kita boleh tahu keadaan dia, perasaan, cerita dan macam macam. Kenangan pun banyak jugak disemat melalui gambar, komen dengan kawan kawan.

        Aku stalk, stalk dan stalk semua facebook kawan kawan aku. Ya, kawan sekolah menengah aku. Tersenyum tengok komen komen gambar semua. Yang lelaki mencarut carut, tapi lucu tau tak? Aku senyum and until hati aku ni rasa sebak. Sebab apa? Memang tak boleh ulang dah semua detik tu. Detik bersama kenangan indah nostalgia semua tertanam dalam ingatan masing masing. Tu pun bergantung tahap ingatan seseorang tu. Memang aku akui, zaman sekolah menengah aku lah yang paling best tambahan pulak aku kena stay kat asrama. Asrama penuh. Sometimes, aku rasa aku berbangga masuk sekolah tu bukan pada sekolah. Tapi pada semangat kawan dan ukhwah.

        Tadi aku stalk Sytra34 punya page, macam macam tulis. Ada yang mengata tak sudah. Sejak form berapa tah. Haha, tak habis habis lagi? Lawak lah. Haih, pastu aku stalk lagi sampai lah aku terstop kat satu profile ni Khadijah Nizam. Haha, Ijah, aku tiba tiba nagis huhuhu. Tengok gambar cover photo hang. Huu, ada gambar aku! Hahaha hang classmate aku dari form 2 sampai form 3 tapi aku rasa aku boleh ngam dengan hang although we're seem not to get along during form 4 and form 5 kan. But still, I miss you like crazy now tambah tambah seluar jeans hang ada kat aku lagi! Huuuuuuuuu! *emotional*

         Kat semua kawan kawan, aku sayang sayang sayang sangat sangat. Memang ada yang kita tak kamceng gaduh ka, tak puas hati ka, aku ni mulut pun bocor jugak. Huhuk, biasalah manusia kan? Aku rindu dalam study room dulu. Waktu form 3, form 5. Halal bakti, Party kelas, rumah dan so on. Merentas desa, hias khemah, hias dorm lawa lawa. Sekarang ada lagi ka macam tu? Tak dinafikan. Benda tu dulu dulu tu macam beban jugak. But, seronok tu gila lah! Nostalgia. Huhu.

        Form 1, aku masuk 1 Ilmu, duk sebelah Farah Mar, dan Munik! Aku tengah tengah. Huehue. Aku dan munik ada buat perkara yang tak masuk akal. Konon pelajar bertauliah. Benda ni kami dua orang ja tau! Huhu, terlalu baik waktu tu. Kelas tu memang kotor tahap hape lah. Kelas tercorot. Huhu kotor. Tapi happening. Bising. Haha tapi aku tetap suka. Kadang kadang buat parti durian. Bau satu kelas. Aku ja tak makan. Nizar asyik bagi ceramah agama dia ja ka Awa, aku, Aishah dan sapa sapa yang mendengar. Oh ya, M pulak bawak biskut kering, bawak masuk dalam tapawe, campur dengan milo serbuk. Goncang goncang dan semawa aku makan. Sososo awesome! Bai pulak waktu prep kul 9 malam tepat mesti tido. Haha. Nazihah penolong ketua kelas! Aku tak bercakap dengan dia pun waktu sekelas form 1 dulu. Alia bendahari, dua sringgit ka keja dia. Cheh penah baling sisa durian kat aku. Hm loya lah.

        Form 2, 2 Ilmu. Okay waktu ni macam agak boleh urus kelas lah. Kelas cantik and guess what? Aku dok sebelah Fahimah. Dia suka melukis, menyanyi dan cerita. Sapa selalu layan? Madihah lah. Hehe. Syahirah, Ijah, Ieka, Echah, dan suma. Oh ya, Minun. Garang sangat waktu form 2. Gerun kami.  Huhu. Form 2 macam taktau nak cerita apa dah. Okay let masuk Form 3.

        Form 3, 3 Ilmu. Okay, waktu ni aku perkenalkan watak baru yer. Radzzif! Bila dia gelak, semua orang pandang. Macam santa. Alololo comel. Pastu Zuhair print lirik lag tebal macam Kamus Dewan pulak. *okay tipu je, nipis sikit dari kamus dewan* So kami karaoke lah puas puas. Tambahan pulak singer masuk kelas kami, Athirahhhh! Wehuu. Okay that year aku dok sebelah Syahirah. Kami buat macam macam macam perkara sekali. Perkara apa? Ah, lupakan. Haha. Post PMR memang terbaik lah! Buat roket guna botol lah, bangunan straw lah. Memacam. Memacam. RMJM lah! Homai. Tapi aku takkan lupakan kenangan. Best kan pergi RMJM. Huehuehuehueee~

        Form 4, aku macam leka. Aku ditempatkan dalam 4 Delima. Start 2010 aku memain ja keja. Tak study macam dulu. Gipun dulu aku selalu study dengan Syahirah. Dia ambik akaun. Aku bio. Huhu, babai Syahirah. Oh ya the best about 4 Delima is warna biru! Kelas paling tenang dalam sejarah. Kelas bisu. Kelas apa lagi tah cikgu nobatkan. And yes, boys and girls macam tak berkesefahaman. Party kelas pun takda. Hape ni! *emotional* Oh ya, tak dilupa Azwa, Syahirah, Alia, Echah, Ju a, Ijah, Mar, Nadia, Adila thanks! Dan semua semua.

        Form 5, haaa ni best! Kelas Delima mula lah bersatu. Hape lah tahun lepas malu malu. Form 5 baru nak lepak bagai. Alololo perangai masing masing. Nak mention memang banyak lah! Pertandingan netball lah, futsal lah antara kelas. Party memang best. Ketua kelas superb! Qamar! Penolong superb! Mira! Girls yang meletup! Muahaha. Ingat kita buat pink panther waktu boys nak masuk kelas? Ingat? Hahahahaha. Pipah yang kool je. Ji pun kool tapi angker. Hahaha. Sorry Ji, aku rindu hang. Zi, Ieka, Imah the best jugak. Ieka thanks sudi jadi adik kepada kak yang tak berapa matang ni. Love you :* Nazihah pun, lebiuuuu :*

Aku pejam mata, nama yang keluar dari kepala aku ni,
Syahirah, Azwa, Ijah, Jua, Nadia, Adila, Ieka, Mar, Nazihah, Iemah, Pau, Cik tul, Tasha, Munik, Dilah, Maisarah, Pah, Amy, Fathin, Alia, Hanim, Echah, Olah, Ain! :)
Semua pernah serikan hidup aku.

Dan semua yang aku tak termention kat sini,
Sincerely, aku rindu kenangan yang memang aku tak leh ulang dah. Kita takleh ulang dah.

Sebak weh, Sebak.

Salam.


p/s: Banyak lagi yang aku tak tulis. Banyak lagi cerita. Takkan habis muka surat. Persahabatan kita tiada noktah. Cuma ia koma sebentar. Mungkin ia boleh bercantum semula? K. Bye