Tuesday, February 5, 2013

BELAJAR DI PERLIS? NOT BAD :)

Assalamualaikum dan hai.

Entri ni khas untuk sesiapa yang akan, sedang atau sudah belajar di Perlis samada secara paksarela atau sukarela.
Tengok tajuk? Tengok? Haha aku bukan nak bersikap kenegerian ke hape. Aku bukan bias ke hape jugak. Tapi tak salah mencintai negeri sendiri. Kan? Tak salah nak membanggakan negeri sendiri.
TETAPI
Jangan lah sesekali meremehkan merendahkan mengeji menghina menegatif menjatuh dan perkataan yang sewaktu dengannya, jangan sesekali mengata kat negeri lain. Kita satu Malaysia kan?
TERUTAMANYA
Kalau nak kata sekali pun, jangan lah dok mengata depan depan. Face tu face gitu. Tak reti fikir? Otak terpelajar tapi hati? Mulut? Mulut macam long___
Long apa? Longlai? Lenglong lenglong lenglong *abaikan*
Cukup sekadar berbisik atau menyuarakan ketidak puasan hati didalam hati atau kepada sahabat terdekat.

Aku ni, dah 18 tahun lebih berada di negeri yang paling tecik omey omey nih. Mama aku orang Kedah, Papa aku Penang. Adik beradik aku termasuk aku yang len semua lahir kat Perlis. Oh ya, Papa aku orang Penang, tapi bukan mamak. Tapi cina Penang. Huahua tak sabar dapat angpau tahun baru cina nih. *keluar tajuk*

Okay sekarang kita masuk topik kita yer adik adik abang kakak dan makcik pakcik
Why I said studying in Perlis is not bad at all?

  • Tiada panggung wayang - Huahua mesti korg kata sasau ke hape budak nih? Weh, aku penah lah tengok wayang. Aku selalu tengok kat Kedah. Bagi aku takda wayang ni bagi kebaikan sebab pelajar pelajar tak buang masa dan duit untuk tengok wayang. Tidak dinafikan, kalau ada wayang kat Perlis, aku lah orang pertama yang beli tiket untuk setiap cerita. Ehhehehe, so I can save my money! Dan bila tak selalu tengok, keterujaan tu meningkat you olls.

  • Makanan dan barang murah - Oh ya, memang murah. Nasi ayam RM 2.50 pun boleh dapat. Kuih 4 singgit pun ada. Tapi pepandai cari lah tempatnyer, tak semua tempat murah. Baju pun not bad. Stationary pun okay lah. Harga standard standar je. Pandai panjai jelah cari.

  • Makanan sodap hapo - Makanan dia quite nice sini. Variety dan murah. Hahaha. Memang murah lah. Makanan yang mahal mahal kadang kadang bukan sedap pun tapi dah bayar lebih mestilah kita termengaku sodap kan? Booo. Pedas? Yes, orang utagha mesti lah suka pedas pedaas. Yg biasa manis tu, aku cadangkan bawak gula lebih :D Hee. Aku suka pedas! Mengancam~ Oh ya, Perlis takdak Mc Donald tapi dengar cerita bakal ada nanti. 

  • Supermarket yang hebat - Er, propa sikit yang nih. Yelah kat Perlis ni mana ada ala ala Suria KLCC, mana ada MidValley, Pavi bagai. Ada Cmart dan TS jer. TS tu ape? Times Square? No no no. THE STORE okayy? Kayangan Square. Haha, kat Perlis ni ada dua supermarket kecik tu ja. Dan kebaikannya di sini, nafsu shopping aku ni tak menggelegak sekali gus boleh jimat duit! *tapi boros jugak kenyataannya* Hmm.

  • No traffic jam - Traffic jam? Mana hade. Huahuahua. Boleh bergerak bebas kemana mana dalam kadar yang pantas tanpa berada di dalam kereta selama berjam jam! *hmm tapi nak pi mana ja kat Perlis ni* Tapi bagi aku, aku lega Perlis tak jam. Aku pergi tempat jam sakit kepala. Serabut. Tensyen. Hm.

  • Panas - Ya, Perlis terutamanya di kawasan Padang Besar dah diiktiraf sebagai tempat yang paling panas di Malaysia. Bagi aku ni bukan satu masalah yang besar sampai nak komen atau complain sepanjang masa. Sebabnya, normal lah panas kan? Kita berada di Malaysia. Bukan London. Bukan. So, what you expect is study kat Perlis ni macam Cameron Highland lah? No no no. Haha. Dan bila kita dah biasa dalam environment ni, kita akan terbiasa lah untuk pergi negara yang panas macam negara timur kan. Haa, nak pergi Mekah nanti macam mana? Panas dunia ja. Hmm. Aku pun tak berapa suka panas but, it is still not a big problem sampau nak bersungut sepanjang masa. Kebaikannya, jemur baju cepat kering. Ihihik.


  • Tempat menarik? - Hmm, bagi aku, boleh lah tempat menarik ni. Walaupun aku macam dah tak rasa apa apa yang menarik sangat bagi aku. Okay untuk pergi berekreasi boleh lah nak pergi Tasik Melati, Sungai Kechor dan Pengkalan Asam. Nak shopping pergi lah Padang Besar Utara. Nak tengok sunset pergi lah Kuala Perlis sambil makan bebola dan sosej bakar. Nak tidor kat tempat tasik best, pergilah Tasoh Lake Resort. Nak mandi pergilah Gua Kelam, Batu Pahat dan Bukit Air. *Oh ya, hati hati dengan kes kencing tikus. Jangan memandai pergi waktu musim penyakit tu* Nak tengok ular pergi lah Taman Ular Batu Pahat. Nak main golf, ada Kelab Putra Batu Pahat. Yang paling best, naik kuda kat Batu Pahat. Free ja! Latihan naik kuda pun boleh. Free jugak. Ehehehe.

Okay yang tu ja kot. No offence! AKU SUKA NEGERI LAIN JUGAK. SAYANG SANGAT :*

Salam, bye.
Harap membantu. Ada bantahan? Ada tambahan?

p/s: Aku sekolah rendah kat Perlis, menengah pun dekat SBP tapi kat Perlis jugak, Matrik pun Perlis. Yeah, my country love me so much I think. Tapi Universiti nanti aku nak pergi merantau lah. Bye Perlisku *Bye siap siap*