Pages

Monday, January 21, 2013

NEKAD YANG TERTANGGUH


Aku dah berjanji
aku dah pun bertekad
namun sebagai manusia aku lalai
aku alpa
aku tenggelam kerana nafsu amarah yang membara
keegoan yang tinggi melangit.

Aku tak peduli
tak peduli
dan tak peduli.

Sehingga saat aku rasa tamparan yang hebat serta kehilangan.
Walaupun sesaat, ia mengajar aku.

Kini aku tercari cari
terumbang ambing
punah segala keegoan
namun sudah terlambat.

Padah mulut berbisa
padah akal tidak berfikir
padah menyakiti
dan menghancurkan
akhirnya aku yang binasa.

Segala janji yang aku lafazkan
segala nekad yang aku adakan
kini semakin rancak berpusing ligat di fikiran
aku telah mungkirinya
aku telah mengkhianatinya.

Di kala kekesalan terbit di dalam hati
seakan akan sudah terlewat
kerana aku tidak tahu
bagaimana untuk mulakannya
mulakan yang baru
lupakan yang sebelumnya
walaupun tak mungkin
ianya seolah olah tak mungkin berlaku.

Aku sangat memerlukannya
aku sangat memerlukannya
aku sangat merindukannya
dan aku sangat mencintainya.

Dulu aku tak mengenal erti setia
aku tak pernah serius
tetapi
ya, sejak dengannya
aku benar benar serius
serius untuk tidak lagi mempermainkan hati sesiapa pun
aku setia
dan terus setia.

Kini aku tekad
dan biar orang lain turut menjadi saksi.

Aku tekad akan melaksanakan segala tekad
segala janji
yang pernah dan yang akan dilafazkan
oleh aku mulai detik dan waktu ini.

Maaf, I miss you.
I love you so much.

Aku cuba imbang kehidupan ini dengan sempurna.
Hubungan ini tidak akan menjejaskan prestasi aku.
Ianya inspirasi, membuat aku fokus dan semangat lebih drp dahulu.
Aku akan mengejar cita cita
dan aku akan terus mencintainya.

Amin, semoga masa depan aku dan kami berdua serta seluruh keluarga kami cerah dan bahagia selamanya.

No comments: