Monday, June 18, 2012

Lagi lagi LIFE IN KMP #2

Assalamualaikum dan hai.
Aku memang agak lama tak meng-update blog kesayangan ni. Alasannya:-
Sibuk, tiada masa, tiada idea.
Assignment banyak gila kena bagi siap. Takdan nak buat apa. Haih. Memang betol lah pelajar matriks busy atau aku sorang ja yang tak boleh cope lagi kot, sebab tu busy? Ya ka? Petang petang nak kayuh gerek pun tak sempat. Semua gerek budak kebas. Haish. *gerek itu basikal. basikal itu gerek* Haa, sekarang aku nak cerita life aku kat kmp lagi. Nasib hampa lah yang baca blog aku kot jemu dah asyik topik ni ja. Tapi, memandangkan ni ja lah recent activity yang aku lalui, aku cerita ja lah.

p/s: Post ini tak melibatkan politik walaupun gambar yang tertera menggunakan gambar beberapa tokoh politik. Maaf, maaf.

*sekadar gambar hiasan*
Ni aku di dalam library yang sejuk takat beku.

KULIAH
Alhamdulillah, kuliah berjalan dengan lancar. Aku memahami semua yang di ajar. Aku tak tidor walaupun mengantok. Selesai sudah semua bab 1 bagi semua subjek *hampir*. Fizik pun telah melangkau bab 2 dengan drastiknya. Maths pun dah habis bab 2. Biology pula masih lagi teguh mengekalkan perjalanan menuju ke perakhiran bab. Chemistry, aku tak tau bab mana dah sebab semua lebih kurang sama. Rasanya habis dah bab 1. Dannnn kuliah dinamika, HEAVEN GILAAAA. Macam dok dengan mak sendiri. Dia baik sangat dan kelas santai.
. . .
*sekadar gambar hiasan*
Tekun kan amy kat dalam library?

TUTORAN/KELAS
Uhhh tutoran ni jangan cari pasal nak buat benda pelik pelik dalam kelas. Maksud aku, jangan tidur ka apa ka sebabbbb tutoran ni satu kelas ada bebelas orang ja. Atau mungkin 20+. So, lecture akan dapat pantau sorang sorang. Dan setiap pergerakan diperhatikan. Waktu tutoran ni lah cikgu bagi assignment berjabu jabu dan ada yang kena buat on the spot jugak. Hm, yang meluruhkan jantung aku ialah test mengejut yang akan dijalankan oleh lecture pada bila bila masa. Dan markah akan menyumbang kepada pointer. Noooo. Jadi jangan baca waktu nak dekat exam ja. Tiap tiap masa kena bersedia. Ohh, aku dah buat test diagnostik Chemi dan Fizik. Alhamdulillah dua dua okayy :)
Hm, untuk tutoran ada tambahan dua lagi subjek yang tiada dalam kuliah iaitu:-
Bahasa Inggeris
Pendidikan Agama Islam
*cikgu BI aku strict tahap infinity*
*ustaz aku pulak sempoi tahap infinity*
Macam tersplit personality agaknya. Hmm.
. . .
Haha yang tu saja kot. Kan previous post aku kata nak cerita pasal kuliah kan? So, ni jelah. Segala facilities aku yakin Universiti lain serta Matriks lain lebih hebat kan. Untung lah. Tapi aku bersyukur. Okayyy? Babai.

PASNI ADA TEST SEBAB BAB 1 DAH COVER SEMUA. WISH ME LUCK :*