Thursday, April 12, 2012

An extra special LOTUS ✿

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama aku tak update kan? Sori aku sibuk sangat. SPM leaver sekarang bertungkus lumus dengan segala borang permohonan yang nak di isi kan. Hm Sori sangat.

Hari ni aku nak cerita tentang benda yang berjaya menyentuh hati aku. Ni post yang agak jiwang. Teruskan membaca kalau nak, kalau tak, better stop before I start the story.

Hari ni aku keluar lagi dengan Triple A aku. Kami pergi makan KFC. Kami oder macam macam
Snack Plate, Cheesy Wedges 2, Zinger Burger 1, Toasted Twister, Famous Bowl.
Kami memang lapar gila gila. And what made me touched is . . .

Dekat tasik melati. Kami pergi singgah sebab dia nak makan zinger burger kat situ. Aku mengamuk nak BUNGA TERATAI kat dalam tasik tu. Aku nak yang kembang. Dia pun mula mula macam takmau ambik. Pastu dia pergi dekat tepi tasik nak try ambik tapi bunga tu jauh sangat. Aku ingat dia nak masuk kereta dan balik ja. Tengok tengok dia nak ambik kayu. Dia ambik kayu sebab nak gapai bunga teratai tu. Tapi tak sampai :')
Yang dekat ada la tapi tak kembang lagi. Tapi betol jugak dia kata, yang tak kembang nanti letak dalam air kembang lah. Dia pun ambik bunga tu. Memang bunga tu dah dok kat tepi. Tapi kena masuk dalam tasik dulu. Dan aku memang tak sangka dia bukak kasut dan masuk dalam tasik. Dia berjaya ambilkan bunga teratai tu kat aku :DD
*The end.*

Seriously aku terharu tapi aku tak gitau pun kat dia kata aku terharu. Dalam lubuk hati aku tersentuh sangat. Mungkin bagi yang membaca ni biasa ja. Tapi tu dah kira macam pengorbanan yang sweet bagi aku.

For you: Thanks for the lotus. Wangi ja. Terharu tau tak? Sebenarnya tak kisah pun kalau tak ambilkan. Saja mengada ngada sikit. Ahaa, nanti kita keluar minum Coolblog I belanja naaa. I love youuu sooo.

p/s: yang pasal KFC tu starting yang agak tak masuk dengan cerita kannnn? :O

Lot of loves ♥