Thursday, March 22, 2012

RESULT SPM WEEK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini aku nak bercakap tentang result. Bukan result aku atau sapa sapa.
Ini umum ok?

RESULT SPM DAH PUN KELUAR PADA 21 MAC 2012
so semua ketakutan nightmare bagai dah hilang kot?
kepada sesiapa yang dapat elok, TAHNIAH. sapa yang kurang sikit tu, jangan putus asa. TAHNIAH jugak sebab kita dah berjaya menempuhinya. Bukan senang kan?

SPM bukan lah penentu hidup seperti yang digembargembur kan.
Ianya bukan pengakhiran, tapi permulaan kita untuk melangkah ke IPTA atau mana mana yang patut.
Dengan result Straight A tak mampu nak jadi doktor lagi lah. Perform nanti kat U tau? Jangan berjaya waktu SPM tengok tengok kawan kita yang biasa biasa yang jadi BOSS, kita PEKERJA. Macam ni lah contoh.
 

 Aku bukan nak suruh hangpa bagi fail nah? Bukan tak bagi perform waktu SPM. Belajar lah bersungguh sungguh. Ni aku bagitau nak bagi semua orang tak patah semangat, dan yang dapat elok tu, masih jauh lagi perjalanan.

Kalau UPSR 5A, PMR semua A, SPM pun A, kerja pun bagus,
memang dalam sijil nampak clean jelah. budak pandai.
Kalau kita tak berapa ok pun, jatuh naik jatuh, kita patut naik balik, PERFORM KAT U, 
kerja elok. nampak lah effort dan kesedaran kan?

Aku agak kecewa dengan result aku. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana. Nak mohon scholar tak cukup syarat. Scholar 8 A selalunya. Lagi sikit lagi.

KEPADA SEMUA YANG BACA, PERJALANAN JAUH LAGI. AKU DOAKAN KALIAN, DOAKAN AKU SAMA. INSYAALLAH SAMA SAMA BERJAYA KAN?
HAH, jangan jadi macam aku. menyesal. haha. buat betol betol tau SPM ka, PMR ka, UPSR ka.
BAGI MAK PAK BANGGA. BAGI KAMPUNG BANGGA, NEGERI BANGGA. HAA.

Btw, goodluck kepada semua orang tak kiralah yang ambik PMR ka, UPSR ka, SPM ka. Buat betol betol. Jangan main main tau?
Untuk yang dah lepas tu, tahniah dan jangan kecewa sangat. sikit jadi lah. memang agak terkilan kan?

p/s: Aku dapat 4A+, 2A, 1A-, 1B+, 1B
Okay, walaupun result tak gempak. Alhamdulillah. Kiralah sendiri. Babai. Jumpa kat U nanti :)