Friday, January 13, 2012

BEZA CITA CITA DAN BADAN BERUNIFORM :/

Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Sebenarnya aku taktau nak tulis tentang apa . memandangkan aku kesian kat pembaca blog ni , aku post jugak . *terharu tak?
. . .
Haha , lagi pun aku baru dapat idea . idea ni datang dari perangai adik aku yang kecik sekali tu . tak kecik mana dah sebenarnya . dah masuk dajah 1 tahun ni .

Ni dialog antara aku dan adik aku . . .

'nanti adik nak masuk badan beruniform apa?'

'badan beruniform tu apa?'

'hm , macam nak masuk polis ka , bomba ka , bulan sabit merah ka , pengakap ka'

'bulan sabit?'

'er, dia macam nurse lah . haa, dulu kakak kadet polis'

'kakak kata nak jadi doktor ? kenapa kakak jadi polis?'

'er . . .adik tanya la mama . pening nak jawab'
* * *

Dialog mama aku dan adik aku . . .

'polis tu dekat sekolah ja adik . nanti kerja baru doktor'

'hm , adik takmau jadi polis , orang jahat tembak . orang jahat lagi kuat drp polis'
*pengaruh game nihhh -________-"

'habis tu adik nak jadi apa? pengakap?'

'takmau kena dk dalam hutan'

'habis tu ?'

'adik nak jadi tukang sampah . ada lori hijau besar sangat'

#aku tengah minum air tersedak . punya la banyak kerja nak yang tu pulak ?

'busuk lah adik !!!!!!!!!!!!!!!!!'-aku pun mencelah .

Kesimpulannya , betapa lori hijau bandaran tu menarik minat adik aku . walaupun busuk dia kata dia akan memakai topeng .

Last sekali , 'mama , kakak . . adik nak jadi doktor lah'
Alhamdulillah dia mempunyai cita cita yang menarik . lega mama aku dengaq . aku pun tak tesedak dah .

p/s : Adik aku kata 'Mama . .mama kena jadi tukang masak la kan ? mama tiap2 hari masak'

Ish , ish . last2 tak tau lah badan beruniform apa dia nak masuk . PBSM la kot ? mirip dengan doktor gak kan ?