Thursday, February 14, 2013

HANGAT HANGAT TAHI AYAM DAN TIPS#

Assalamualaikum dan hai.
*ATAS NI INTRO BAWAH BAWAH SIKIT BARU TIPS*
Biasalerr perempuan mukaddimahnyer panjang~

Haa, tengok tajuk pun dah berperibahasa. Tak masuk isi lagi. Kuikui. Nak tanya, ada tak korang ni macam hangat hangat tahi ayam ja? Eleh jangan tak mengaku pulak.

Atau tak tau definisi? Mengikut aku la kan, hangat hangat chicken poop ni maksud dia awal awal ja bersemangat untuk melakukan sesuatu. Pastu, mula lah bosa, slow slow dan stop terus. Pernah tak?

Dalam kata lain, tak konsisten. Oh ya, tak istiqamah :)
Macam mana nak get rid eh? Untuk pengetahuan semua, banyak kali jugak lah aku gagal mengekalkan konsistensi aku untuk melakukan sesuatu perkara.
Okay ni contoh hangat hangat taik ayam:

Azam tahun baru, Aku berazam dan bersemangat untuk study tiap tiap petang dan tak tidur. Study ja, study!
Oh ya, memang lah, seminggu dua minggu memang semangat. Last last tidur jugak. Huaaa.

Aku nak cantik dan sihat. Nak jogging tiap2 petang. Nak diet etc.
Awal awal semangat kau Kiah. Last last kau kejar makanan.

Aku tak nak merokok dah!
Dua tiga hari pastu sambung balik. Salah nikotin kah?

*Ni contoh ja. Maaf, jangan tersinggung*

See? What I want to concern here is begitu susahnya nak konsistenkan diri kita untuk melakukan sesuatu yang bagi benefits kepada kita.
Apa petua? Yup this is for myself too.
LET'S TRY TO ISTIQAMAH

1. Make a time table
Oh ya ada time table ni tak bermakna anda skema okay. Ianya dapat lead kita untuk berada di landasan yang benar.

2. Have a diary or routine book *journal*
Journal? Haa, so bila kita buat something, ada diary yang tebal tu kan? So, kita boleh tulis target kita or apa apa jaa yang buat kita semangat untuk kekalkan konsistensi.

3. Have a Calendar!
Yang ni penting sebab adanya kalendar boleh kita set target kita dan mark kat situ. So, kita ada aim dan boleh teruskan konsisten.

4. Reminder, minght be helpful too
Reminder ni kalau dah rasa susah sangat nak ikot, so paksa diri dengan mengingatkan diri sendiri selalu. Buat alarm dan reminder and so on.

5. Punishment
Hukum diri anda jika gagal konsisten. Muahaha. Alolo mana buleh hukum diri sendiri. Tak baik. Tapi just sebagai mengingati. Buat lah macam ni, "Kalau aku tak buat ______________ hari ni, aku tak boleh ________."

6. Reward
Dan jika anda berjaya konsisten tak kiralah seminggu ker, sebulan ker, hadiahkan diri anda sesuatu! Makan benda sedap sedap or beli sesuatu. So, benda tu akan menunjukkan hasil usaha kita dalam jarak dekat.

Okay yang tu je. Aku pun tak buat semua tu but I am trying actually. Trying okay?
Haha, k bye. Harap membantu.

Lakukanlah sesuatu kebaikan secara istiqamah kelak hasilnya menggembirakan.

Salam.