Sunday, January 27, 2013

KENAPA PEREMPUAN MARAH ?

Assalamualaikum dan hai.

Baru baru ini serta lama lama yang lalu aku banyak kali dah bersembang dengan kawan kawan tentang pakwe, kawan baik, roomate, classmate atau sesiapa ja.
Dan mostly, yang ada masalah dengan yang berlainan jantina.
Termasuk aku. Pftt.

Topik yang aku akan bincangkan hari ni ialah tentang bila kami (perempuan) rasa marah atau secara kasar nya, tak puas hati. Ahahaha
Ni bukan pendapat aku seratus peratus.
Tapi yakni seratus peratus ditaip sendiri oleh aku.

Kenapa perempuan marah?

  1. Rasa tidak dihargai
  • Benda yang diberi, tak kisah lah kertas ka, coklat ka, apa ka disia siakan. Bagi hilang takpa, minta maaf tu wajib. Penting kalau takmau perempuan melenting. Tapi, kalau lupa benda yang diberi tu, MashaAllah. Memang sewajarnya dilenting. Tapi still boleh lembut hati dengan perkataan Magic nih- MAAF.
    
    2.  Kesalahan seciput yang berulang2 malah sudah pernah dipesan
  • Buat hal, buat bagi terasa, buat benda yang tak disukai kena tegur je. Tak marah. Hurm, yup. Perempuan cool jep. Ahahah, kononnya lah. Tapi dalam hati ni membara bara serta mempunyai semangar yang berkobar. Tapi kalau dah ulang benda tu 4, 5 kali pulak. Itu dah melampau. Nampak macam pesanan atau nasihat yang diberi tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Mulut tak berbuih lagi lah. Marah? Sudah tentu. Tapi jika minta maaf, why not maafkan pulak. Kita manusia~
    
    3.  Tuding jari dan akhirnya menuding nuding diri sangat sangat
  • "Sapa start dulu? Sapa marah dulu? Sapa penah buat dulu? Eleh dulu pun penah buat jugak." Eh? Eh? Apa ni. Main tuduh tuduh. Dan, bila sampai satu tahap pulak. Orang yang sama tu akan kata "Memang, memang I yang mula. Memang I yang salah pun. Memang you tak buat apa pun. Semua I ja buat" Hmm, tadi takmau ngaku. Sekarang mengaku tahap mega perli pulak. Hey, cool down lah. Relax sikit. Muhasabah diri. Takpayah fikir sapa salah. Start mintak maaf. Insya Allah dimaafkan serta merta.

    4. Janji chong huat
  • *Maaf kalau ada sapa sapa nama chong huat.* "I janji cuti krismas ni kita spend time tiap tiap hari masa saat waktu dan kita" . . . And when the times come, "Er, sorry. Kena ikot paklong berkebun." Okay, kita merancang Dia tentukan. But, please jangan bagi harapan yang over yang buat hati ni teruja dan terlalu berkobar. Ya, kebanyakan perempuan perasan sendiri dan terlalu berharap. Memang. Yang ni, bab bab janji, kalau dah mungkiri, perkataan maaf tu mungkin kurang laku lah. Ia perlukan bukti serta evidence lain seperti hadiah. Coklat lembu mungkin?

    5. Melebihkan orang lain
  • Yang ni, erm memang lah salah perempuan jugak. Jeles lebih. Ahaha. Tapi bukannya nak kongkong. Bagi aih nak lepak sampai 2 3 pagi. Bagi aih nak main futsal 20 jam. Asalkan inform awal awal. Inform awal awal. Dan make sure masa yang di spend bersama orang lain, sama atau lebih daripada masa yang dispend untuk perempuan. Tak susah pun. On the phone pun cukup. Memang kena berleter. Jap ja tuu.

Okay, nantikan sambungan: Magic word- Sorry.

P/s: Post memang ada kaitan antara yang hidup tapi bukan yang mati. Biar yang mati damai bersemadi. Buat apa nak kacau kan. Al-fatihah. Yang terasa, sori lah. Aku cakap konteks umum. Eh jangan ban aku. No offence! Bhahaha bye Xp

AND TO BE HIGHLIGHTED HERE IS, SORRY IS A VERY VERY IMPORTANT WORD. IT IS AN EFFECTIVE WORD AND WAY. 

Dan ya, saya ni perempuan, bakal isteri 7 tahun lagi.
Dan saya pun ada hak.
XOXO
Mas Ira Syafila