Pages

Monday, May 21, 2012

Why KMP? Not UIA?

Assalamualaikum dan hai semua.
Nampak gaya macam aku jarang update lah blog ni. Tapi ia belum bersawang. Aku pastikan blog ni suci dan segar. lol. #PERHATIAN POST PANJANG TAPI ISI ADA. BACA JA SAMPAI HABIS.

Seperti yang mengikuti perkembangan aku *bajet retis* aku ada cakap haritu yang aku dilema nak pergi INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) atau KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP). Dan ohh aku dah bagitau kat older post kan yang aku pergi KMP. So babai UIA, hai KMP.


Memang susah nak buat keputusan. Makin tanya orang makin pening dan makin dilema dan rasa macam nak cucuk cucuk orang yang menghasut. Aku nak pendapat, bukan hasutan. Jangan paksa aku buat keputusan. Kalau aku gagal tengah jalan biar ia jadi salah aku. Bukan sebab ikot cakap kau. Dan surely, aku nak nasihat drp orang yang berpengalaman. Both of my parents agreed and suggested me to go to KMP. Dan papa aku siap kata "Papa suka kakak pergi matrik ja" See? How much he needs me. Gehehehe.

Ada macam macam dugaan semasa buat keputusan. Kira 50-50 ja. Aku tanya student UIA for sure depa akan ajak aku masuk situ jugak. Tapi ada yang kata ikot parents maybe ada berkat :) Aku tanya kakak angkat aku yang study kat UIA sekarang pun kata ikot aku lah nak buat keputusan yang mana. Dia tak pihak kepada UIA ka Matrik ka. Dia sokong aku ja. Thanks kakak tersayang, Kak Nadzirah 

Dan ramai juga berkata seperti ini:-
"Kenapa tolak UIA, sayang lah"

"Bukan calang calang nak dapat UIA"

"Boleh tukar course kalau tak minat lah"

Yaa aku tahu semua itu. Aku dah selidik semua. Yaa aku dah selidik semua. Aku dah ikot kata hati. Dah istikharah. Dan aku berat ke arah matrik. Mampukah aku melawan kata hati aku? Sedangkan parents aku juga yang mendorong aku dan menyokong aku ke Matrik. Yaa aku juga tahu memang banyak keuntungan masuk UIA. *masuk Matrik pun untung. Mana mana pun ada kelebihan asalkan kita pandai mencarinya.

Belajar bahasa syurga? Rugi kalau tak masuk UIA, takleh belajar bahasa syurga. Belajar bahasa arab mana mana pun boleh syg, tu kira kelebihan lah kat UIA sebab korang wajib ambik bahasa arab. Tak semestinya yang tak masuk UIA takleh belajar kan. Contohnya Paksu aku, dia fly pergi Australia 4 tahun kat sana. Balik Malaysia pergi belajar Bahasa Arab kat Mesir. See the determination? Sesiapa yang ingin belajar, boleh ja belajar tak kira di mana. Btw, aku ada asas arab. Nanti inshaAllah aku sendiri akan asah asas tu.

UIA takda persaingan sangat sebab semua bumiputera? But why not face the music when competing with other races? Aku tak kisah persaingan ka tak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jia you! Jia you! Wo keyi! Lalala~ 

Ni kesimpulan. I go for KMP because:-
1. My heart will go on
2. Parents recommended
3. Family suka *tok aku kata dia nak melawat aku senang lol
4. Papa bersusah payah minta wakafkan buku anak2 kawan dia kepada aku
5. Dekat ja. *Btw aku ada appointment kat Hosp Kangar every 2 weeks. Bersama Dr Tan 
6. Buku untuk Matrik dah belambak.
7. Ada kawan ramai jugak.
8. Si dia tu memang lah jugak  Tapi walau jauh dimata dekat dihati kan? Tapi nasib dekat ja. lol
9. Mama mertua dan abah mertua pun sokong pergi Matrik. Wahaha *ni fakta. betul. fakta. 
10. Nak tebus kekalahan SPM yang hanya dapat 7A 2B. Target 8/9. Haha. Trarala.

Kali ni nak 4 flat pulak. Hmm paling kurang 3.9 lah. Lalala. Hihi. Panjang dah post. Nanti aku post lain. Kbai ♥ ♥ 

Pesanan ringkas padat lagi meletup:
KEPADA KAWAN AKU DAN SESIAPA YANG DAPAT MANA MANA PUN, FORM 6 KA, UNIVERSITI TERMASYUR KA, UNIVERSITI APA2 KA, KOLEJ JA, ASAL BERUSAHA PASTI BERJAYA. OK? GOOD LUCK ♥ 

5 comments:

Ash said...

Same la,ak gi kms je,xgi pon uia,malas rsedih jugak xfurther arab da,smpai spm amek bat bagai,las2 masuk mtrix,kah3,lex suda

Ira Tan said...

haha yup. goodluck tau :)

•NADiERA SUNDARA• said...

:) gudluck dear..
nak senang kan, akak cadangkan supaya awak buat solat sunat istikarah. :')

Hzndi said...

heloo

Anonymous said...

ermm.. sy nk tny.. result spm's trial akak dpt brpe??