Pages

Tuesday, December 19, 2023

MASTER BY COURSEWORK, SHOULD YOU DO IT?

Hi. 

Berhabuk dah blog ni. Last post was in 2017, about tips for temuduga guru ganti. Fast forward in september 2017, I pursue my Master degree at USM and graduated in 2018. Pastu, aku sambung PhD tahun 2019, and graduated in October 2023. Hehe. Alhamdulillah. But, this post is dedicated for Master by Coursework, mengikut pandangan aku sendiri. Pandangan orang berbeza, but ni merangkumi pandangan aku dan pengalaman aku serta persepsi orang disekeliling aku.

Aku sebenarnya tak attend convo degree atas sebab-sebab tertentu, jadi aku nak bg parents aku rasa aku konvo, so aku decide untuk sambung Master by Coursework sebab 1 tahun je dah boleh dapat master. So ini tips untuk korg if berminat nak sambung master. Actually, master terbahagi kepada tiga mod: Coursework (Kerja Kursus), Research (Penyelidikan) dan Mixmode (Mod Campuran).

Coursework

Research

Mixmode

  • Macam degree, tapi lebih detail on subjects.
  • Ada test, quiz, lab, assignments, presentation dan exam.
  • Ada thesis untuk projek master pada akhir sem – Just mini project
  • 1 atau 2 tahun (2 atau 4 semester)

  • Kalau course yg ada fyp waktu degree, ni macam buat fyp la.
  • Kena ada supervisor sebelum register.
  • Kena ada proposal untuk projek yg dipilih.
  • Buat research and buat thesis.

  • Mixmode ni gabungan kepada dua-dua coursework and research.
  • Boleh develop skills theoretical and research.

 


Setiap universiti ada t&c masing2 dari segi proses pendaftaran, penilaian dan juga syarat untuk bergraduasi. Kalau tny aku, aku memang pilih by coursework sebab nak cepat. If minat research boleh je pilih mod research. Or if nak sambung tajuk FYP degree, boleh je buat tajuk yg sama utk Master by Research.

Aku Master by Coursework, Solid State Physics (Fizik Keadaan Pepejal) di USM. Syarat bergraduasi ialah pointer 3.00 ke atas tanpa gred C dan ke bawah. So kalau nak grad master by coursework kat USM, kena melepasi syarat tu la. Untuk Universiti lain aku tak pasti. Setengah universiti kalau dpt 3.50 atau 3.75 dapat anugerah dekan, tapi kat USM, dapat 4.00 pun takde anugerah dekan sebab kalau dah lepas syarat tak kisah la 3.00 ke, 4.00 tetap dianugerahkan Master :)

The best part untuk Master is, boleh pilih je universiti mana yg nak. Nak pilih yg dekat dgn rumah, yg jauh ke, universiti yg diidamkan ke, top universiti ke, ikut suka. Sebab tak payah apply tru UPU dah. Aku apply kat USM sebab yg tu paling dekat dgn rumah dan ada Master by Coursework yg aku nak. Pastu memang aku teringin nak masuk USM pun dari dulu. Yuran pun, berbeza ikut universiti. Aku pinjam PTPTN je.

Cara nak register Master by Coursework senang shj, tak perlu nak cari SV sebelum register. Just pergi kat mana-mana website Universiti pilihan, pastu register. Setiap universiti ada syarat minimum seperti pointer time degree dan ada juga yg tengok course time degree tally tak dgn course utk master. Boleh check kat requirement universiti tersebut.

Jadi, patut tak korang buat Master by Coursework? Patut kalau korg:

  • Nak tambah ilmu secara mendalam dalam waktu yg singkat
  • Nak tambah certificate dan kelayakan 
  • Keperluan utk kenaikan pangkat (untuk sesetengah tempat kerja)
  • Kalau nak sambung Phd.. selepas master.
Kalau untuk peluang pekerjaan, better guna degree shj bukan master. Master ni sebagai jambatan or added value shj kepada individu. Tanya diri sendiri apa tujuan sambung belajar. Sebab study = money = time.

Oh. Ada jugak yg cakap, kalau Master by Coursework, tak susah ke nak sambung PhD sebab PhD kan mostly by research. Jawapan tu bergantung kepada diri sendiri. Aku dah habis PhD dan tak susah pun transition from student Coursework ke Research. First sem je nak adapt and belajar selok belok research pastu boleh carry on je sampai habis. So, good luck! 

No comments: