Pages

Monday, February 4, 2013

RESULT TERUK KENA TENDANG? #MATRIKULASI 3

Assalamualaikum dan hai.
Hari ni aku post pasal Matrikulasi lagi.
Buat SPM leavers. Sapa yg rasa dia dh grown up dari tu, baca lah post len. Yg muda2 baca ja, buat pedoman hidup. Hehehe.

Ado orang tanyo aku, kalo tak lulus kena tendang matrik ka?
Apa ni tendang tendang haa? Hehehe gurau ja.

Ehem, okay aku sirius.

KALAU MASUK MATRIK, TAK LULUS KENA TENDANG KER?
Ni mesti yang tanya ni risau sijil Matrik dah la tak laku kan? Nak kena tendang tendang pulak. Ish2.

Macam ni dik, *cewah* (Emm, bahasakan diri sbgai aku takpa nah?)
Aku ni Program Matrikulasi Satu Tahun. So, aku cita pasal yang satu tahun la na.

        Masuk Matrik Semester 1, akan ada Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi 1. Waktu ni pulun lah bagi dapat pointer 2.00 ke atas. 2.00 ke atas sahaja dik, sirius tak susah. Kecuali tak study langsung. Bagi aliran sains yang dapat pointer 2.00 ke atas, boleh meneruskan pengajian seperti biasa. Yang, tak berjaya, yang kurang drp 2.00, jangan risau, tak kena buang atau tendang tendang. Tetapi, pelajar yang dpt below 2.00 dipindahkan ke Program Matrikulasi Dua Tahun. So, result Semester 1 (bagi yang ditukarkan kepada Program Dua Tahun) Automatik jadi meaningless. *tak la meaningless sgt. sumbang 10% jer* Bagi aliran akaun, yang dapat bawah 2.00, boleh meneruskan pengajian dengan AMARAN.
Jadi jangan risau. Tak kena tendang pun. Huahua

        Pastu, bila ambil Peperiksaan Semester 2, dan pointer tu macam tak lepas untuk pergi ke universiti. Jangan risau, repeat lah matrik. Nak repeat ni setahun jer. So, boleh lah mcm advance drp diploma lagi. Ko akan jadi senior di Matrik kalau repeat. Huahuuahua. Tapi tak best lah. Semua umur muda setahun, sorang sorang tua. Hehs.

        Kalau tak mau repeat, atau nak keluar Matrik pun takpa, boleh apply diploma lagi. Masuk swasta ka, etc. Peluang terbuka luas lagi dik. Belajar jela. Takpayah pikir nak kena tendang tendang ni. Kalau kita belajar, the word 'tendang' tu tak da punya lah dalam hidup kita.

        Haa, istilah tendang ni hanya layak bila orang tu buat kes besar kat Matrik. Kes bukan bukan lah. Kena tangkap dan kena tendang. See? Jangan lah buat kes, Tak kena tendang,

DAH JADI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR UNTUK BELAJAR. SO, BELAJAR JELAH KAN.

Huhu, faham ke tidak?
Yedok? Aku taip pagi pagi ni tak makan lagi so bahasa aku kurang berbunga. Haha

K, bye. Harap membantu. Ada apa lagi nak tanya?
Salam.

#Entri ni khas untuk Alia Az dan SPM leavers yg lain.


KALAU NAK TANYA BANYAK SILA SILA ADD FB ATAU MCG KAT FB
-Mas Ira Syafila

19 comments:

SHAZRIZAL SHAHMY said...

gambar kat atas tuh tak menahan... betul jugak kan..buat apa nak fikir tendang-tendang kalau kita rasa kita ni mampu buat yg terbaik untuk belajar.

Ira Tan said...

yup, study je. Dh mmg tggungjwb sbgai pelajar kn :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

study study study . selagi bole . :)

Ira Tan said...

Ya, study study study jer :D

Megi Tristisan said...

folow back ya saya dah folow blog kamu

Unknown said...

wahhhh ! ada nama kita lohh ! ahaks ! thanks sangt2 .. hahaha .. thanks tau akak ! susah2 je buat entry baru .. haha .. =D

Ira Tan said...

Takpe dik. Ni kira sebagai idea untuk entri jugak. Biar ada isi dalam entri.

FiZah :D said...

matrix mmg payah ckit.. dia punyer scedule pun bizi n padat sgt. pape pun, gud luck yer =D

Ira Tan said...

Makasih makasih. Sy nak habis dah study sini ni :D

armila azira said...

Kmp okey x kak? Sye bakal kmpiannss ^^

Ira Tan said...

KMP? Okay jaaa best!

surotin said...

erm.. sya pon dapat matrik perlis.. tapi xtau nk g ke x.. konfius..

Ira Tan said...

mntak pendapat parents :) tu yg penting

vampire said...

apa mksud akak dgn amaran???

Ira Tan said...

dengan amaran means awak kena struggle hard untuk pass pointer nak masuk u nanti :)

Nur Anis said...

Wah tk sabarnya rasa nk masuk matriks. Saya dpt KMNS, 25/5 ni daftar. Btw, entry akak sangat membantu dan best hihihi ^^

Unknown said...

Akak saye nk tanye klau lps ups pointer bwh dari 2.00 kne tendang pg pdt ke??

Unknown said...

Akak klau lps ups pointer bawah 2.00 kne tendang pdt ke??

Anonymous said...

ak msuk matrik...dpat pointer 1.97 mse sem satu...ditawarkan ke PDT...tpi tak nak teruskan da! sbb buang mse 2tahun kat matrik...baik quit n smbung diploma..at least graduate sijil diploma ad gune...kne 2thun pulak, klau tak lepas pointer, silap2 tgh sem3 kne tendang...so bgi yg ditawarkan ke pdt tu sbb pointer below 2.0, ak suggestkan supaya korang quit n ambk diploma, start from basic balik, mmg klau msuk matrik ni risiko tnggi, ak pun tak percaya ak dpt 1.97, ups ak dpt 3.4, quiz smua dpt atas 8/10, tpi bila final exam tak lepas...mngkn xde rezki kat sana...lepas quit ak smbung dip...and skrg, ak tgh smbung degree dlm bidang chemical eng, last sem ak dpt 3.4, skit agy nk dekan...igt adik2 smua, gagal dmatrik bkn bererti gagal selame nya...move on je kat tmpat lain, mngkn ad hikmah...ak pun tak sngka ad dpt smbung degree eventhough ak lewat 1thun drpd member2 ak yg sme umur, and ak makan mase 7taun bru finish study...biar lambat asal selamat...k chow...