Pages

Thursday, February 7, 2013

BIADAB SANGAT BIADAB.

Assalamualaikum dan hai.
Post kali ni aku taktau nak letak tajuk apa sebab aku nak tulis tentang hak, ketidakpuasan hati, kebiadaban dan lain lain.
TOLONG BACA, AKU NAK PANDANGAN KORG :'(
Ringkasnya macam ni lah. Lumrah dunia. Nurse mengebat dari Doktor. Staff mengebat dari Cikgu or even Pengarah. Yang jaga kedai mengebat dari Tokey kedai. Hey memang dunia ni terbalik ke hape? Aku tak menghina orang bawah tapi please, sedar. Jaga hati orang lain dan sedar status tu. Aku tak pernah kata dan maki sapa sapa tapi tahap kesabaran aku dah tergugat. 

Contoh? Okay, macam ni. Kisah benar.
. . .
Aku ada appoinment kat satu Hospital ****** tu petang tadi. Dan ada seorang nurse yang berlagak diva marah sesuka hati membebel tak berhenti padahal Doktor baik gila dan tak pernah marah selalu senyum dan lain lain yang kontra. Eh? Terbalik. Berlagak lah. Garang semacam ja. Nurse sepatutnya ada nilai murni lebih drp Doktor.

Wah mengebat ya kau. Memang tua daripada aku. Tapi memang tindakan Nurse tu melampau. Melampau. Musibah aku panggil. Aku memang jenis yang diam dan tidak bersuara walaupun aku tak puas hati. Tapi dia melampau. Ikotkan hati aku, aku balas balik tadi. Aku hanya buat kesilapan kecil. Aku tak gitau yang aku nak tukar appoinment kat dia. Aku mesej kat Doktor. Doktor balas okay. Dia tak puas hati sebab aku gitau kat Doktor tapi bukan dia. Dia kata tu kerja dia. Eh please, yang check aku tu Doktor kan bukan dia. Dia takdak fungsi pun.

 Doktor siap senyum senyum dan kata takpa lagi. Tau tak Nurse tu buat apa? Dia marah Doktor tu. Al maklumlah Doktor pelatih ja. Baru jadi Doktor but, please please please Nurse tu sedar diri. Aku tau dia kerja lama dah. Dia nak marah marah Doktor pulak. Pastu marah aku pulak depan depan Doktor dan staff Nurse yang lain. Bebel bebel. Doktor yang nak cakap dan pesan benda kat aku pun terpaksa stop cakap.

Aku tak berniat untuk kurang ajar. Tapi elok lah aku bersikap kurang ajar dengan Nurse yang biadab macam dia. Aku senyum tapi jadi kelat. Sapa suka dimarahi depan ramai. Mahu saja aku penampar ja muka dia. Tapi aku masih ada maruah dan aku tahu dia pun ada. Aku jaga maruah kita sebagai perempuan tapi mulut kau tak pandai jaga. Dia berleter kalau suara perlahan takpa jugak, ni kuat. Semua orang boleh dengar.

Aku dah malas dengar Nurse tu berleter bodoh sombong dia tu, aku keluar terus dari bilik tu sambil pusing dan senyum kepada Doktor sambil berkata "Terima kasih Doktor."
Nurse tu menjerit terpekik dan menengking aku "Berlagak! Bajet cantik."
. . .
*Pecah hening Hospital*
. . .
Hello, aku ada kata aku cantik? Ada aku control ayu depan doktor? Ada aku mekap bertan tan. Ada aku kata kau tak cantik? Ada aku mintak tu mintak ni? Ada ker aku demand? Eh apa masalah Nurse tu. Apa kena mengena dengan cantik tak cantik ni. Pui. SAPA YANG BERLAGAK HAAAAAAAAAAAAAAAA??! TAK FAHAM AKU.
Aku tau aku memang tak cantik! Tapi itu dah keterlaluan bila Nurse tu kata BAJET CANTIK.

Oh ya, tau kenapa? Sebab aku kata terima kasih kat doktor sahaja. Dia maki maki aku aku nak ucap thanks pulak? Sorry to say.

Nak marah apa tah. Ada masalah senggugut? Sembelit? Kanser mulut ke hape. Mulut tak reti berbudi bahasa. Dia tu yang takda adab. Tak layak jadi Nurse.

Aku tahan ja tadi. Aku tak balas. Aku bisukan diri.
Aku ada hak aku.

Aku tak balas tadi bukan sebab aku takut. Tapi orang macam dia tu, sia sia lawan balik. Lagi menggedik marahnya tu. Melampau.
Aku tulis kat sini bukan sebab aku tak berani, tapi aku sengaja nak share kat semua. Biar semua tau.

APA MASALAH DIA TAH!
SETIAP DUA MINGGU ADA APPOINTMENT SO MEMANG KENA HADAP MUKA DIA TU. SEBAB DIA DAH JADI PERSONAL ASSISTANT DOKTOR AKU.
AH DUGAAN APAKAH INI.

Takpa kak ka makcik, aku sabaq lagi dengan hang. Hang tempik lah aku berlagak ka apa. Memang memang aku berlagak dengan hang ja. Kenai aku pun dak mai mai kata aku berlagak. Hang tunggu akibatnya. Bukan aku yang doa. Tapi hang dok wat cam tu kat orang, hang dapat lah akibat.

Oh ya, balik tadi Doktor tu hantar mesej kat aku
"Sorry pasal tadi. Saya lupa nak gitau dia. Kamu okay kan?"
Yeah, saya okay Doktor! Doktor pulak mintak maaf. Memang Nurse tu tak tau malu. Bodoh.

Aku friendly dengan semua orang tanpa mengira status atau latar belakang. Hey aku tak kaya. Aku sederhana. Nak kata aku berlagak? Terpulang. Haih, FADE UP!

Ada pandangan berguna? :'(
Terima kasih.

Maaf bahasa aku sedikit kasar disini. Aku geram yang amat.
Salam.

12 comments:

Unknown said...

Ira, sory late. Nak mintak tolong jap, kalau kat entry kita xdak ruang komen, means kita ada terpadam kod dia ka? Sory eh ggu. Huuu

Ira Tan said...

Kalau tak silap memang semua ada komen. Blog kak pun ada ja ruang komen. Maybe yg takdak tu trpadam kot. Hm

SHAZRIZAL SHAHMY said...

bila baca entry ni rasa nak jerk tumbok nurse tu..mesti nurse tu mak cik-mak cik kan.Kalau tak kenapa dia boleh marah doktor...heishhh sabo jelah

NANA said...

boleh thn gak nurse tuh..huhuu..saba la dear..manusia..

Unknown said...

Oh okay, egtkan bila org buka xdak sbb ada org komplen blog kak takdak ruang komen. Huu. Hmm, bila baca sal entry Ira nie, mang tak patot langsong StaffNurse tuh buat mcm tu. Mana nilai-2 murni dia? Mana cara-2 komunikasi Staff dgn patient. Kalau macam tu baek tak payah jadi nurse kan? Sabar yaa Ira. Papon, kak doakan Ira cepat sembuh :)

Putri said...

ira boleh tulis surat rasmi kat hospital buat aduan.
ambik nama penuh nurse tu dan jawatan dia.then tulis surat bg kat admin hospital.nowdays kerajaan (akak assume ira buat check di hospital kerajaan) sangat prihatin aduan rakyat.even kalo kita terjerit2 sampai nak terkeluar anak tekak masa bersalin pun, deorang tak boleh nak tengking.
anyway get well soon ya ira

Ira Tan said...

Shaz, nurse tu muda lagi lah! Umur 28-35 camtu kot.
Nana, thanks :')
Kak fyna, kak jela yg jadi nurse ira.
Kak putri, of kos kerajaan. Sebab tu buat ikot suka hati. Hm, nanti ira try.

nurains said...

eee sabar jelah awakkk . haihh kalau ain la kena, dah lama kena marah dgn kita -.-

Unknown said...

Haha. Boleh sajaaaa :)

syazani :) said...

kak, if i'm at your place tak tau la nurse tu jadi apa.. Haha

Ira Tan said...

Punch her.

syazani :) said...

boleh kot.. Hahaha *evilLaugh*