Assalamualaikum dan hai.
Maaf kalau jarang blogwalking sekarang. Maafkan aku. Maafkan lah. Nanti aku memang rajin, aku jalanjalan lah ok? Entri ni panjang. Harap sudi baca ja. Bukan sekadar singgah.
Tentang post aku ni-Selesaikan Yang Perlu Diselesaikan,
maksud aku, ada banyak benda yang kena buat bagi yg post-SPM ni kan. Aktiviti pun banyak. Ada pilihan bagi yang lepasan SPM ni. Antaranya:
1. Kerja sekejap pastu sambung belajar.
2. Tak kerja pastu sambung belajar.
3. Tak kerja, tak mau sambung belajar, kawen atau bujang.
4. Kerja terus takmau belajar dah. kawen atau bujang.
5. Kawen dan sambung belajar.
Pilihan tu terletak kepada setiap individu masing masing. Bergantung kepada diri kita sendiri. Macam aku, aku pilih No.2. Aku tak kerja sebab aku malas nak kerja. Just TLDM kat rumah dan harapkan MAS sahaja. Sepanjang cuti ni aku penuhkan dengan surf internet kat rumah. facebook>twitter>blogger>facebook>twitter. . setiap hari. Em, waktu ni juga aku ambil kesempatan buat lesen. Lesen moto dan kereta.
. . .
Aku dah pass test jpj Moto dan Kereta. Yaa, Aku dah dapat Lesen P. Tahniah untuk aku. *tahniah untuk diri sendiri. Yelah, Mula mula pegi dengan kawan kawan-Athirah dan Amirah dann er. .Wardah?
Pastu terpisah dengan Athirah sebab aku buat latihan dengan Amirah. Dengan Athirah lain hari. Sob2. Tapi tu dah lepas. Kini aku dan Athirah dua2 dah dapat P. Tahniah kawan, tahniah untuk aku juga.
To Amirah, hang tinggal test moto ja. go go go. Mohon goodluck untuk dia.
Tawaran mana mana? Sapa dapat? Hm, mulanya keluar tawaran Form 6. Aku dukacitanya tak terpilih. Di kendian hari aku check Matrikulasi Pulak. Aku dapat. KOLEJ MATRIKULASI PERLIS.
Aku nak tunggu IPTA keluar. Kalau aku dapat U yang aku nak, aku reject Matrik. Matrik tu pilihan kedua selepas IPTA. Aku nak buat Asasi. Yaa, Aku target UIA. UIA ok. Jangan terkezut. Niat aku untuk membentuk sahsiah di samping menelaah ilmu. *lahh kononn. Ahaha.
Biasiswa? Aku tak dapat mana mana pun. Ahh, takpalah. Aku nak masuk IPTA atau Matrik. Kerajaan tanggung. Yuran RM 550 ja dan siap dapat elaun. Cakap macam senang kan? Padahal nak kena telan beriban jugak nak study. Tapi usaha mesti berbayar kan?
Sekarang aku cuma tunggu tarikh keputusan IPTA keluar barulah aku decide nak pergi mana dan baru lah nak beli kelengkapan belajar. Aku nak buat Asasi/Matrik kat Malaysia ja. Dengan Result yang tak seberapa, aku tak mintak overseas. Aku nak struggle Asasi mungkin. Degree kot2 ada rezeki boleh Further kan? Okay, Amin. Semoga Allah memberkati sesiapa yang mendoakan aku juga.
Aku takut aku tak mampu
Aku takut aku tak kuat
Aku takut aku terjatuh
tetapi
Aku tahu aku boleh berusaha
Aku tahu aku mampu lawan
Aku tahu aku mampu bangkit.
Pray me. Doakan untuk kita bersama. Doakan kita semua sebagai saudara. Amin.
5 comments:
Selamat akan dapat kekuatan dalam menempuh segala yang kamu cuba gapai.
ya, thanks ;)
hai..jangan sedih2x..tenang je..saya pun sama dilema yg amat..btw, nice blog.. do hit me back tay! :)
hai hunn..same2lah kite mmbuat plihan yg tepat..insyaallah..done follow u dear..hit me back if sudi k.. :)
thanks thanks thanks :)
Post a Comment