Assalamualaikum dan salam sejahtera .
hmm , sebenarnya , kepada sesiapa yang rajin blogwalking ke blog aku ni , mesti perasan yang aku tak update lama dah . sebenarnya , aku ada masalah sikit . actually aku tak nak luahkan kat dalam blog . tapi hari ni aku decide nak luahkan jugak lah . sedikit sebanyak boleh share kesedihan dengan semua yang membaca ni . mohon baca sampai habis .
Waktu aku menulis entry kali ni sekarang , aku keseorangan di rumah . adik aku pergi sekolah dan papa aku pergi kerja . ya , memang nnti mereka akan pulang . tapi mama aku sudah pun berangkat ke kampung seusai pagi tadi setelah mendapat panggilan bahawa keadaan mak tok aku semakin teruk . *aku panggil nenek aku mak tok .
Aku mungkin tak pernah mention di dalam blog ini bahawa mak tok aku sakit . tapi kali ni biarlah aku tulis serba sedikit tentang mak tok . aku tak lah begitu rapat sangat dengan mak tok . tapi kadang kadang aku suka kacau kacau beliau . tambah tambah kalau cuti panjang bila balik kampung . selalunya , aku akan pergi memancing di sawah padi . dapat ikan puyu balik mesti dia goreng . malam malam dia akan buat kuih tradisional . macam macam . untuk jual pada keesokan harinya . dia selalu buat kuih bila family aku kol kata nak balik kampung . dia akan kata 'mak tok buat kuih ni untuk cucu tok' . kadang kadang aku akan tolong buat kuih . best belajar buat kuih .
Yang aku paling suka , mak tok suka nyanyi lagu 'AKUSTATIK-OAG' . bukan calang calang . haha . dia akan ulang 'kau umpama , merpati putih . patah sayapnya , di udara' . dia akan nyanyi bila main dengan cucu cucu dia . hehe . lagipun mak tok aku memang suka nyanyi . dia ada team nasyid / marhaban .
Hmm , sejak tahun 2009 , dia sakit . dia ada kanser usus . dah pun dapatkan rawatan . aku ingat lagi , last year , Disember 2011 , dia ikut kami sekeluarga + paktam sekeluarga + makcik , pergi ke zoo taiping . dia jalan tak mengeluh penat langsung . pastu , pergi mandi kat taman tema air . kami mandi kat THE CARNIVAL . dia pun mandi jugak .
tapi sekarang , sakit dia semakin parah . kanser usus+ketumbuhan di otak+batu karang+buah pinggang tidak berfungsi di sebelah kiri :(
Dia asyik merungut sakit dan cakap pun merapu bulan lepas . minta macam macam . perangai macam budak budak balik . bulan lepas waktu dia tidur kat rumah aku , pukul 3 pagi dia bangun dia mintak kat aku CENDOL TAKMAU ADA PULUT . mana lah parents aku nak cari ? tapi last last papa aku pergi rumah kawan dia yang menjual cendol di pasar malam . tapi tak masak lagi . so , balik tu mama aku masak lah . dia pun selalu bising dan menangis sebab sakit .
Kelmarin aku pergi alor star . pergi melawat mak tok lah . dia dah macam bisu . memang tak keluar suara langsung . aku lebih suka dia bising merungut sakit . sebab at least , masih ada interaksi dan perasaan yang menunjukkan dia nak perhatian . tapi kelmarin dia diam ja . hari ni , mama aku pagi pagi dah nangis dan kata mak tok memang makin teruk .
. . .
Doktor tak bagi mak tok aku dok kat hospital dah . sebab ubat pun tak mampu sembuhkan penyakit mak tok aku . dah kronik dah . rawatan , pembedahan pun dah buat . tapi still sama . so , doktor suruh balik rumah dan rehat kat rumah disamping keluarga . doktor kata , sekarang ni doa banyak banyak . dengan izin Allah sahaja . tok aku akan sembuh . kalau sembuh , memang ajaib . mungkin berkat doa semua orang atau kekuasaan Allah .
Kita hanya mampu berdoa , tawakkal dan redha .
Aku memang masih tersenyum dan ketawa dengan kawan kawan aku . sebab kalau aku tak gelak , aku akan menangis macam sekarang ni . menulis blog sambil menangis . sekarang ni , aku sangat sensitif dan mudah marah . sebab aku sedih sangat . mama aku tak bagi ikut balik kampung sebab aku kena uruskan rumah sepanjang mama aku takda . aku kena uruskan adik aku pergi ke sekolah , kemas rumah dan masak untuk papa dan danish .
Terima kasih kerana sudi membaca . sama sama lah doa untuk mak tok aku :')
p/s : mungkin aku tak update blog untuk beberapa ketika . maaf . #now playing , 'AKUSTATIK-OAG' . aku dah pandai main guitar lagu ni . tapi sambil nangis . I LOVE YOU MAK TOK and I REALLY MISS THE OLD YOU ♥
15 comments:
saya doakan dia sembuh. insyaAllah. amin :)
Kak,sba..smue dugaan ada hikmah..
Via Android.
adibb : terima kasih :')
adik : ya adik :') terima kasih .
sabar ye dear..linda doakan ur grandma cepat sembuh..:)
thanks :')
Semoga nenek awak cepat sembuh ;)
thank you :)
sabar sis :')
lyana doakan supaya mak tok awak akan sihat okey :)
sabar ye syafila..semoga nenek awak cepat sembuh.. jangan sedih..ce try mnum teh mesti senyum.. :)
ta teh . terima kasih sgt2 :)
Assalamualaikum, empunya Blogger.
Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com
Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?
Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html
TERIMA KASIH :)
follow me back;)
bersabar dengan setiap dugaan yang melanda :)
ya , terima kasih .
waa.. bestnya pandai main gitar.
awk ajar sy pulak.
singgah sini.
semoga hari ini hari yg Indah :)
Post a Comment