ok , scene kali ini berlaku di supermarket GIANT di ALOR STAR , KEDAH DARUL AMAN .
aku dan keluargaku shopping di supermarket tu . malam dah , nearly closed agaknya tapi tetap ada orang
(walaupun tak ramai , tetap ada)
(walaupun tak ramai , tetap ada)
so , kalau bersuara pun memang dengar suara kita jela .
. . .
nak dijadikan cerita , mama aku nak pegi tandas . mulanya nak masuk jugak (nak tengok cermin, HAHA) , tapi tak jadi . so , aku dan adik adik aku iaitu danish yang berumur 6 tahun dan lysa .
kami tunggu kat depan pintu nak masuk tandas tu .
pastu adik aku yang danish tu tanya aku
"kakak , tu untuk apaa ?"
aku pun menoleh untuk melihat sign tuu
*ni sign dia
"ohh , tu untuk orang kelainan upaya(OKU)"
"macam mana tu"
"alah , macam , sakit ka , cacat ka . ."
"cacat tu macam mana?"
"hmm , macam ni . . . . "
aku pun tunjuk la contoh terbaik kat adik aku supaya adik aku boleh memahami dengan jelas .
aku pun buat tangan macam fleming's right and left hand rule tu
dan sengetkan mulut dan buat bunyi 'nyanyanyanyaaa'
"ooo , faham dah . kalau jadi macam tu kena masuk situ lah"
"yaa , pandai . "
nak dijadikan cerita , ingatkan takdak orang tengok aku . rupa rupanya ada sorang mamat baju hijau ni dok ushaa . *hee perasankan aku ni
tapi memang betol arr , dia usha aku .
tapi dia dah tengok aksi aku seakan akan cacat tuuuu ! arghhhh ! malunyaa .
aku pun control diri aku balik dan buat macam takdak apa apa yang berlaku .
*dia dok tengok aku dengan cara yang merumitkan
mesti dia dok pikir minah ni pakai elok elok (yelah , aku pakai macam orang biasa : shawl , blouse , jeans, sneakers) tapi betol ka dak ni . pastu lepas shopping turun floor bawah , dia tengok aku lagi . haha , dok buat muka pelik tu lah .
. . .
the end , sekian .
p/s : saya waras dan sentiasa happy go lucky . bukan tak peduli apa orang kata tapi tu bukan benda salah kan ? aku nak tolong bagi adik aku faham ja . tiada niat untuk menghina atau merendah rendahkan mana mana pihak . post ni hanya untuk bacaan dan tatapan . lagi satu , kenapa OKU aku sebut sebagai ORANG KELAINAN UPAYA ? bukan ORANG KURANG UPAYA ? because they are special ;) and THEY ARE HUMANS ;D
No comments:
Post a Comment